Monday, September 16, 2013

Serlahkan Kejelitaanmu

Yeay.
Mood menulis datang lagi.
Haritu kak nun sibuk dengan kerja dunia, hobi menulis kak nun terpaksa ketepikan sebentar.
Menulis tanpa mood seperti menulis tanpa keikhlasan. Itu bukan style kak nun. Apa pun nak di lakukan dalam hidup yang singkat ini. Biar la IKHLAS.
Rasa macam selama ini, di anugerahkan nikmat 24 jam sehari tak cukup nafas nak hirup.
Padahal diri sendiri tak pandai menyusun masa yang sangat berharga.
Alhamdulillah, dah pandai susun atur semula. Ini ada masa panaskan ruang blog semula.

Yeay,
Berjaya menjadi makcik kegemaran dan paling sporting buat anak anak buah tersayang. Sentiasa berada di sisi kamu waktu susah lagi kan senang. Sayang tak sayang tak?
Anak buah kak nun dah selamat di ijab kabulkan minggu lalu. Simple aje majlis. Majlis nikah. Majlis makan beradap, bersanding bagi pihak lelaki. Akan datang. Yang penting selesaikan yang wajib dulu.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kak nun doakan mudah mudahan kedua duanya bahagia dan jodoh berkekalan hingga akhir masa.



Yeay.
Audit dengan auditor dari negara India sudah tamat. Walaupun dia bersikap macam TOOOT.
Alhamdulillah, kak nun tabah maintain bersabar dan professional.
Ada 2 insident menyayat hati auditor itu lakukan sepanjang musim audit.
Tapi tak pe, kak nun sudah maafkan aje perbuataan dia terhadap kak nun. Dia sedang menderita sakit tekanan jiwa dan perasaan serta minda agaknya waktu bersikap kejam terhadap kak nun.
Sehingga habis sesi audit terakhir, kak nun dapat tahan rasa marah mengelodak dalam jiwa waktu tu.
Alhamdulillah.

Yeay.
Kehidupan dah kembali normal.
Aritu roda kehidupan turun ke bawah,
Hari ini dah menginjak naik kembali.
Hidup ini kan bagai roda.
Ingat tu...bukan hidup kak nun je bagai roda. Hidup seluruh manusia di luar sana memang begitu rencanaNYA.
Alhamdulillah redha dengan setiap kejadian dugaan dan ujian buruk lagikan baik :)

Yeay.
Ada adik manis tanye kak nun, dia ada beberapa project nak di laksanakan tahun ini. Tapi nanti katanya.
Kak nun tanye semula kat dia, kenapa bukan SEKARANG?
Kak nun pesan, walk your talk.  Lama lama setahun dua akan nampak hasilnya. Tak sikit, pasti banyak.
InsyaAllah :)
Alhamdulillah dia mula mengorak langkah jadi agent product kecantekan kulit - Ephyra - serlahkan kejelitaanmu yols. Kak nun  beli dengan harga RM197 sekotak berisi 30 sachet pun sedang mencube product makanan tambahan untuk kecantekan kulit yang hangat di perkatakan sekarang ni.



Selamat menyambut Hari Malaysia semua.
Esuk kerja semula, jemput LIKE and SHOPPING JUMAA page kalau perlukan shawls untuk ke pejabat atau dating bersama terchentake kan.


Love.
Kak nun.








Sunday, July 28, 2013

Lily & Lola Cookies Company || Inspirasi Dari

Shazz Delight sangat famous satu ketika dulu.
Ada 1 masa pulak kak nun tak jumpa dah Shazz Delight di KLCC mahupun mana mana kedai cookies.
Apa kes eh?


Sugee Gajus buatan Shazz Delight memang menjadi pilihan utama Kak nun sekelurga.
Kak kak nun di JB pun hantu sugee jugak. Hanya dari Shazz.
Rasa sugee gajus Shazz Delight unik.
Pendek cerita, sekali makan...pasti nak lagi. Gitu.

Baru baru ini, kak nun ke Ayam Mas. Eh eh! ada la di kaunter promosi.
Kak nun tanye pada adik kaunter " banyak lagi ke stok Shazz delight dik?"
Adik kaunter Ayam Mas kata "ada je kak..Shaz akan hantar kepada Ayam mas kalau ada permintaan"

Yeay! hati gumbire ....kini kak nun dah bole dapatkan Sugee kegemaran di Ayam Mas dekat dengan rumah. Bole nikmati rasa gajus nya sesuka hati setiap masa.



 bile di fikir fikir kan balik..kak nun dapat inspirasi untuk meniaga cookies ni daripada Shazz Delight agaknya.
Cookies Aidil Fitri yang simple, rangup, rasa coklat atau oren sebenar,
 tak manis sangat, sekali makan..pasti nak lagi
Maka lahir lah Lily & Lola Cookies Company hari ini.

Permintaan Crunchy Hazel dan Orange delight meletop jugak sejak pengenalan kak nun buat di muka buku.
Alhamdulillah...penghantaran yang kak nun buat semalam ke Mutiara Damansara, dah nak repeat order.
Gumbirenya dalam hati apabile cookies kite di sukai kanak2 dan ibu kanak kanak kan.



Bile kak nun belek belek..rupe cookies2 ni dah iras2 Candy Crush game la pulak kan.

Korang tak main Candy Crush? Bagus la..buat ketagih je yong!
Jum tido, esuk ada delivery lagi nak buat.

tata.



Thursday, July 25, 2013

Salam Nuzul Quran || Lahirnya Lily & Lola Home Made cookie


Salam Nuzul Quran buat semua pembaca blog Kak nun yang di kasihi.
Coach Irfan sebut tentang tanggungjawab.
Kak nun selalu percaya, kalau bukan diri kite ini sendiri yang tidak bertanggungjawab terhadap jalan hidup kite sendiri...
Siapa ?
Siapa lagi kan?
Siapa?

Kak nun mohon maaf sebab dah lama tak menulis dan berinspirasi di ruangan ini
Tahun ni...Kak nun dapat rasakan semakin usia ini meningkat, masa seolah olah amat mencemburui kite.
Alhamdulillah. Syukur sangat sangat masih di berikan peluang melunaskan semua hajat dan impian dalam hati.

Ramadhan tahun ni kak nun dah berjaya hasilkan selendang dengan label sendiri - JUMAA
Hiks..macam tak sangka je.
Semuanya seolah-olah telah di susun aturkan cantek buat kak nun.
Allahu Akbar!


Alhamdulillah juga kak nun sebenarnya berjaya mencungkil 1 lagi bakat tak ketahuan sebelum ini.
Kak nun dah pandai jahit lace di baju kurung.
Yeay! Sukenya hati tak terkata...siapa siapa nak dapatkan hasil jahitan kak nun. 
Sudi sudikan la hantar kain untuk tempahan lace yea.
Tahun ni tak arif lagi...so jahit tang baju sendiri dulu.
Menjahit lace di atas material cotton sangat la mudah rupernya. Hiks.


Selain daripada itu, kak nun juga sibukkan diri dengan jualan kuih Aidilfitri dengan label Lily & Lola Home Made cookie.
Kak nun rancang untuk hasilkan lebih banyak pilihan kuih Aidil Fitri tahun hadapan.
Seronok melihat dan bersaing dengan pedagang pedagang di luar sana.
Namun untuk menikmati rasa kuih raya buatan rumah dengan penuh kasih sayang,
tak kedekut, tak berkire sangat untong
Meh rasa Lily & Lola Homemade cookie

Kepuasan customer adalah matlamat Lily & Lola!

Black crispy masih mendapat sambutan hangat tahun ni.Sama macam tahun lepas.

Cappucino oat antara yang mendapat sambutan HANGAT tahun ni

Crunchy Hazel, BARU!
sebijik hazel di dalamnya memukau ramai customer tahun ni


samprit DAHLIA yang lembut dan rangup. Rupe tak cantek, tapi rasa dia.
Pergh! Tak cube takan tahu punye :))

Peminat MAKMUR masih ada.

Orange delight BARU!
Keunikan rasa orange dan almond didalamnya menjadikan ianya kegemaran sesetengah customer.

Alhamdulillah. Lahirnya ia tepat pada hari Nuzul Quran 1434H
ada FREE GIFT yang bakal kak nun berikan buat customer Lily & Lola Home Made cookies! ;)

kepada adik akak yang masih tercari2 kuih raya Aidil Fitri ini. 
Jemput ke FB Lilyjaafar ya utk tempahan


Terima kasih kerana masih sudi menjadi pembaca blog Kak Nun :))


Wednesday, April 10, 2013

HAPPY BIRTHDAY || Age is just a number

Last week, 5 April...
celebrate birthday kawan kak nun...kat GE mall.
Huh? GE mall kat mana?

rasa agak gelihati apabila orang KL tak tahu GE mall...tapi Great Estern mall tahu plak. Aduiii kelakar.

ada kala sesetengah words kalau di sebut pendek dalam WASAP kedengaran aneh dan asing jugak kan.
ada kala sesetengah joke gurau senda dalam wasap juga kedengaran menjengkelkan kalau tak kena mood/timing.....betol tak?

atau...bile dah masok usia 40 tahun, cik ton jadi lebih sensitif dari pada biasa?

Walau apa pun syndrome usia 40 ni...ahkak nun rasa lebih baik banyak2 kan berzikir daripada memikirkan perkara karut maroot ni kan. Buat lebat uban je memikirkannya.hahahaha

Jum zassss senario birthday celerabtion alaf 40 dari kak nun buat BFF...ahaks.


mangsa teknologi SAMSUNG

tetap nak sumbat wajah dalam gambar hari ulang tahun yang ke 40..hahahaha suke la dengan angka ni
Ampat lagi...wakakaka


40 ke ahkak? macam tak caya je???
maintain comelllll macam 24 je  nih...
.... macammmmmmmmmm

jeles dengan mereka yang berbadan size kecil...usia meningkat besar pun ...muka maintain kecil muda rumaje aje. 


Kak nun and bff in Wonderland.
Mudah mudahan kamu sihat sentiasa dan semua yang kamu hajati dimakbulkan olehNYA yang maha kuasa.

Amin.

Luv
Kak nun.











FREE SAMPLE || Cekelet dari Mimi



Kawan aku sorang ni...aku kenal sewaktu di China trip January 2013 lalu.
Lulusan luar negara,
rajin ke masjid,
Singkatkan cerita, hebatlah orangnya.
Mana tak hebat, dia berani mandikan jenazah ok.
Kalau aku??? alahai..lemah kepala lutuit.
Allahuakbar...bukan calang calang orang di kurniakan keberanian menguruskan jenazah.

Bukan 3 bukan 4 kerja yang di buat kawan aku ni....
baru baru ni dia tambah lagi kerjanya yang ke 5.
Nak tahu apa dia?
Jum zassssssss...

oh! Dia juga nak kasi free sample pada 15 April 2013 sebagai pengenalan kepada publik akan business terkininya.

Hey! jangan malas rebut peluang.
ide simple aje, buat chocolate comel2 sendiri dan jual! 
Ini blog mimi...kepada yang gilerkan Chocolate bole order dengan Mimi.


cuba lah!



xoxo
K. Nun 

Nota penting :: kalau bukan kawan kawan support ..siapa lagi kan? wink!

Thursday, March 28, 2013

PUBLIKA || Weekend bersama My Lovely Sistah

Hari Sabtu lepas...
kakak kesayangan sampai daripada JB. Kami ada jemputan perkahwinan anak sepupu kami di De Palma Ampang malam itu.



Kami 3 beradik ketara berbeza, namun aku adalah kombinasi mereka berdua. 
Unik bukan?


Kalau dah jumpa kakak aku yang sorang ni, memang rumah aku jadi gamat. Hadir majlis perkahwinan sepupu pun kami jugak yang tetap menarik perhatian tetamu. 
Kecohrable tak habis habis.
Maharaja lawak pun malas nak gelak dengan perangai kami.

Ada ada saje bahan yang kami bahankan. Gelak ketawa toksah kire.
Aku rasa, aku belajar bahankan orang daripada dia. eh yea ke?
kalau tahu kakak aku bagi statement macam ni tentang dia...pasti dia jerit kuat pada aku, 
padahal aku duduk sebelah dia aje :))). 

Apa pun keadaannya, aku sayang kakak kakak aku. Tak kire la apa yang aku pernah belajar dan di pernah ajar aku. 

Ahad, 
kami rancang nak ke KL tower. Jalan jalan amik gambar dan menikmati makanan di restaurant berpusing di sana. Tapi hari HUJAN. Tak best kalau berposing dalam hujan kan.Aku tak pernah ke sana. Best ke?

Maka, niece aku bawak kami ke Publika. Independent art mall di kawasan Hartamas dan Solaris.
Kat sini bole di katakan brand berjenama biasa biasa kite dapati di Midvelly atau One Utama . Tiada ye.
Yang banyak bole di lihat di sini, barang2 antik, barangan seni, bagi mereka yang berotak kreatif. Sile la henjoykan diri anda di sini.

Kadang kala, laungan puisi dan sajak akan kedengaran jua di public stage di luar bangunan. 



Semuanya independent shop dan art gallery. 
Kepada remaja yang gemarkan lepak santai berseni bole la bawak famili ke Publika, di Hartamas.
Orang tak ramai. Tapi makan makan di Bens sedap.Kak nun suke. Masok kedalam supermarket Big beli buah buahan segar pun kak nun suke. Gaya hidup yang kak nun gemari.

bersama anak buah ku..Naim the Bruno Masai dan abang 
serta Fawa.
Mereka adalah kombinasi mak atuk, atuk, bapak, mak, akak aku dan aku
walauweiii...sengal segala kadang kala tapi penyayang. Bole gitu?
Pendek cerita, keluarga ku is keluarga bahagia

Petang Ahad, Kakak aku paling sulung suruh aku dan kakak halang kakakku nak balik JB.
Argh sudah! apa kes pulak ni?

ngok ngek ngok ngek adik beradik..rupenya ada hal tandatangan tanah hasil pemberian arwah atuk yang tak sudah2 nak di selesaikan. Tanda tangan artis di perlukan. Auw! kalau tak..tak hado wang la jawabnya.

Keadaan abang dan kakak dah semakin meningkat usia...menjadikan aku dan kakak gelak tak tentu hala..mata masing2 dah tak nampak, ada yang rabun jauh, ada jugak yang rabun dekat, Termasok la diri aku.
Artist hampir buta pun ada..hahahahah kalau tak pakai spek terus tak nampak hape.

Selesai sesi sign menyain surat tanah ke hape ntah, aku bawak balik kakak ke rumahku.
Aku nak belanje anak buahku Si bruno masai sempena SPMnya yang banyak A. Malangnya kedai makan yang aku target nak menjamu selera tutup awal pule.

Akhirnya kedai makan  tak fofular di Bangi menjadi pilihan makan malam siakap stim dan udang celup tepung bersama.
Tepat jam 1pagi baru kakak abang dan anak2 buahku bertolak balik ke JB.
Ntah bile kite dapat bertemu lagi ni?????

dah start rasa rindu semula,
Kak nun &____%


Happy life project *** Alhamdulillah, order untuk product product Unicity masih ada setiap bulan. 
Terima kasih customers!








Wednesday, March 13, 2013

Home Party JUMAA || tribal memang HOT

Aku betul betul tak sangka...tibe tibe sesiapa saje yang pakai inner neck silang.
Di kenakan pula dengan selendang.
Tampak cantek jadinya.

Tribal design material cotton viscose mudah di gayakan dengan inner neck silang. Cantek dan HOT.
Di gemari teman teman sepejabat aku dah sekarang ni.
Pegi sana si dia dengan tribal orangenya...pegi sanun dengan shawl corak Italiano orangenya juge.
Yang nun jauh di sana pun sanggup datang malam malam ke home party after keja mencube kelainan.
Bagus kan.

Yang dah beli sehelai. Tibe tibe nak order lagi 3 helai. Aku happy betol tengok kawan kawan dah pandai bergaya.
Yang dulu tak pandai bezakan royal blue dengan electric blue pun dah mula pandai ajar aku...hahahahahaha

Sikit sikit tapi berani mencube. Happy la dengan perubahan yang berlaku. Weeeee...


Shawl tribal dan inner neck silang berona merah jambu kini di gilai ramai.
Manis dan ayu kan?

dapatkan anda punya di JUMAA ;)
email kami di MYJUMAA@gmail.com tau utk order banyak2. hiks

^^^^ Oh!semalam dapat kek caramel dpd agent unit trust kak nun, 
adik adik dah melabur dalam unit trust belum?
kalau belum..melaburla sikit. Dividen lebih bagus berbanding simpan kat kwsp tu ha..ciput je dividennya.

xoxo
Kak nun.