Sunday, December 16, 2012

14-12-12 Annual dinner BEST



Jumaat minggu lepas,
kak nun pergi company annual dinner di Shangri La K.L. Hari jumaat kau...sesak la. Tapi nasib baik kawan kak nun ada amik rooms di Shangri La hotel. Bole la jugak kak nun tumpang berdandan.

Sampai KL. walauweii. kesesakan lalu lintas di hari jumaat bukan perkara pelik lagi la di KL kan.
Nasib baik ada bawak hero sorang, sempat jugak dia berlari ke KLCC rotiboy tapau roti. Kalau tak perut kak nun yang makan lunch pukol 11 lapar gastrik kentot petai jadinya ok. Hahahaha...

Tahun ni kak nun ke majlis makan malam tahunan company dengan adik adik daripada team yang berbeza. Nad dari storage, Zana dari mainframe, idaura from Security, Ruby from DR, Edy from Uhaul, siti from wintel, eh ramai la wajah2 baru. 

Makanya, party tahun ni jadi syiok dan besttt!!!!

Lucky draw gift pun menterujakan kak nun tahun ni. Tak senang duduk aku kau. sekejap hirup ciken essence, sekejap  berdiri nak tengok namaku terpapar di kaca LED..hahaha Tapi kak nun tak dapat apa pun. Dapat makan je chiken aje. Hahahaha..Rezeki adik adik yang tak penah merasa lucky tahun sebelum2 ni kut tahun 2012 ni kan. Kasi chan la...

Monday pagi,
kawan kak nun yang bekas bekas company lama pun jeling2 la gambar kami berparty..hahaha walaupon tema adalah ala ala retro, kami semeja..ikut suke hati mak ayah aje menretrokan diri dengan gaya Arab.wakakaka...Jum zasss foto gedik bersama kak nun berannual dinner 2012 di Shangri La..


Abg peter pan Edy pun ada jugokkk...si DR sistah kemain bergaya dengan selendang herot, Habis dinner memang herot betol jadinya. hahahaha habis rambut bagai berlumba2 keluar dari selendang..hahah aduii kelakau.


Chicken dumpling.serba serbi makanan tentang Ciken lah!


Mak yong Nad tgh abadikan menu malam ini...


Mak long dan idaura..tema lari tajuk. Arabian retro pun tak macam ni woi.hahahah suke hati ko la labuuu


yang ni je sedap kat tekak kak nun.



Annual dinner company ‘Through the Decades’ last Friday.
Awesome!



bersama Aerosmith....hikhiks..Aerosmith [la sangat]



chicken lagi


ni je kotak tpt nak posing maut di sediakan. Yang lain belon habis kena sapu bawak balik..


Untong la dia ni dapat...Sile minum kopi Gusto Dolce sampai kembung 


Mak yong nad...dah ngantok.

kenangan bersama Mun...kami satu taman, satu kompani..tapi jarang jumpa. Canggih tak? :))
canggih [la sangat]


dengan Muni..muni je yang paling retro among us..
yang lain lari tema..ahahhaah walaubagaimanapun, kak nun rasa..less is MORE.
over2 tak main ....semak!hahahah



Door gift tahun ni tak kena dengan tekak kak nun...

tapi ok la ada mobile charger utk mr BB ..ngeee

Thank u company
xoxo
Kak nun.








Wednesday, December 12, 2012

Birth date 12 - 12 - 2012 paling INDAH

Pagi2 lagi...sms BB aku asyik berdentang denting. SMS masuk tak henti2 dengan ucapan dan doa buat aku sempena hari ulangtahun kelahiran aku yang ke...tet! hahahaha

kebetulan pulak nombor yang tertera tahun ini 12 - 12 - 12. Maybe bagi sesetengah orang, nombor ni power, best, cun dan macam macam lagi. Bagi aku yang di lahirkan pada tarikh ini..ianya semestinya istimewa dari hari biasa, kerana 12- 12-12 tahun ini jatuh pada hari Rabu, iaitu hari aku di lahirkan berpuloh tahun yang lalu. hikhik..

rakan sahabat handai sedara mara anak buah bagai pulak bagi ucapan dan doa yang mengembirakan hari ni buat aku...
ada yang panggil aku Datin,
ada yang panggil aku Tuanku,
ada yang doakan aku cepat dapat baby,
ada yang hadiahkan aku kek virtual, hahaha
ada yang dapat anak buah sama DOB dengan aku huhu...tahniah Mak long Mijan :))
ada jugak yang MMS gambar dia peace kat aku dari atas puncak gunung mana ntah dengan ucapan HAPPY BIRTHDAY!!!

macam macam perangai kan? apa pun rupe perangainya...

Aku ucapkan jutaan terima kasih atas ucapan, doa, usikan dan paling penting ingatan dari kawan kawan,  sabahat handai, BFF, anak buah, bakal anak buah, kawan kepada anak buah, kawan tak berapa kenal sangat, kawan baru kenal melalui FB, sahabat niaga, business partner di singapura. walauwehhhhhhhh...you all really make my day today.

Muahs infinity buat korang :)

Meningkatnya setahun usia, ahkak nun breakfast gaya sihat. Kesihatan yang baik hingga saat ini adalah hadiah paling berharga dariNYA yang maha penyayang. Alhamdulillah.

Jum breakfast gaya sihat...dah berpuluh tahun breakfast makan nasi lemak dan lontong kan?

mulakan hari yang baru!!!
love,

kak nun :))





Tuesday, December 11, 2012

Hari ini hari BAHAGIA || My Anniversary & Birthday

Alhamdulillah...

2 hari bahagia dan istimewa 2012.
sejak semalam 11.12.12, dan hari ini...dua hari berturut turut 12.12.12...kak nun Makan besarrrrrrrrrrrrr kat luar dan tak perlu masuk dapur.Hahahah eh tak tak...[buruk perangai kan...hahahahha]

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang menghirup oksigen , hidup sihat walafiat disisi orang2 tersayang, dan bahagia gembire ceria  di atas muka bumi milikNYA hingga hari ini. Alhamdulillah.

Bufday gurl..ceria kan wajah tunggu steak :))
oh! pakai shawls baru Aireen from el zahraa tu pegi dinner...
sape sape berminat bole order kat kedai kak nun di sanunnnnn >>> JUMAA

Terima kasih...
banyak banyak kepada kawan kawan seluruh pelusuk dunia [wah dunia yols...bukan calang2 kan..ehex] kerana mendoakan dan mengucapkan hari bahagia ini kekal bahagia, dan ceria hingga akhir masa di Facebook mahu pun sms. 

banyak banyak atas doa dan ingatan tulus ikhlas itu. Semoga kite sama sama bahagia dan hidup diberkati olehNYA dunia dan akhirat. Amin.

Kepada sahabat sahabat yang mengharapkan kak nun cepat ber3 dan berempat. InsyaAllah yea. Kak nun usahakan selagi hayat terdaya. Kite ini kan hambanya yang mampu merancang dan segala perjalanan hidup mahluknya ini di bawah takdir Allah yang Maha Esa. Izin darinya, insyaAllah..kak nun ber2, bertiga berempat dan berdua belas. Doa doakan selalu buat kak nun yea.



Pilihan All for 3. walaupon hakikatnya masih berdua. 
hari hari bahagia kena makan lebih sikit ar...sambil imbau kisah kisah dengan encik chentakan.


medium well done yols. 1 plate boleh share sebenarnya.
tapi sebab TAMAK haloba maka ini la dia menu dinner buat bufday gurl.

lokasi pengambaran ini kak nun ambil di TGI Friday Alamanda.
Juice pineapple yang kak nun order kak nun tanye dulu before order..."dik ni freshly squeeze ke ni?"
adik waitress "haáh"
sampai di meja..pineapple juice kak nun haram toye.
beberapa minit kemudian adik waitress datang lagi ke meja..."food ok ke?"
husband kak nun cakap sama toye dengan rupe air nenas yang kak nun pesan "ok"

nak je kak nun cakap "pineapple juice ni sux"
tapi kak nun tak mo spoil mood malam tu jadi kak nun diamkan dan pasrah.

NOTA PENTING ***
Basicly, TGI Friday Alamanda Freshly Squeeze Juice adalah sangat mengecewakan
lain kali kalau customer tanye..JUJUR aje!!!


xoxo
kak nun :)





Saturday, December 1, 2012

Muka masuk surat khabar

Bile kite baca surat khabar pagi...dan terpampang wajah yang kite kenali.
Wohooooooooo...
Pasti bijik mata terbeliak seketika. 
Mata terus membaca isi kandungan cerita satu persatu.
Perasaan berbaur tumpang gembire dan bangga kan.

Wajah sahabat sahabat yang kak nun kenali sejak belajar sama sama universiti di Amarika dulu...kerap terpampang di dada akhbar nasional dua 3 hari ni.


Rosy anak kelahiran che siti wan kembang ni usahawan berjaya dalam bidang kecantekan dan spa,
kini berjaya juga dalam kariernya bersama jenama truck terkemuka dunia. 
Amazing giler kan...wanita zaman sekarang buat kerja bukan 1 bukan 2 kerja saje...
jaga anak kembar dia yang 3 pasang tu dah kire bermacam macam kerja kan.

Tak salah bagai kata pepatah 
" ibu yang mengayun buaian itu mampu mengoncang dunia kan"



yang bertudung manis pink ni pulak..haa..sape duduk Sepang tak kenal. Tak tahu ler..
anak jati Selangor, negeri yang kalah katanya...kalah kalah pun dia tetap memperjuangkan ekonomi lebih mantap buat anak muda generasi akan datang negeri ini agar layak mendapat ruang dalam skim rumah pertamaku.

ye la kan..kerja makan gaji adala payslip, kalau jahit baju kat rumah, meniaga jeruk betik...payslip tak ada macam mana nak beli rumah kan? Yang lagi best, orang negara luar pulak senang lenang mampu beli rumah dan sekaligus menyebabkan kenaikkan harga rumah kat Selangor ni.
anak jati kelahiran Selangor sendiri terkial2 di bumi sendiri.
maka...
kak nun setuju sangatlah dengan usul yang di ketengahkan Rina...

berjuang la sahabat2 ku dengan seikhlas hati...
mudah mudahan usaha dan perjuangan kite di berkati olehNYA.Amin.


eh! mana gambar kaknun keluar surat khabar pulak?
wajah kak nun pernah terpampang di dada khabar masa nak sambut hari raya tahon 1995 
ruangan...ucapan hari raya dari perantauan ada ler.
hahahaha...

sekian.

life is BEAUTIFUL maria ;)

December 2012 || Farid's birthday

Huik! sedar sedar dah masuk bulan Disember 2012 ek.

suke mahupun tidak...hakikat putaran hidup. Masa tak menunggu kite.
hari ni 1 Disember 2012, ialah hari ulang tahun kelahiran anak buah kak nun Farid yang ke dua puluh dua. Ahahaha tibe tibe kak nun rasa anak buah yang dulu masa kecik kecik kak nun jaga buat kan susu dan membaling botol susu kebelakang sampai kena balik dahi kak nun.... setiap kali dah habis sebotol di teguknya...

dah besar panjang kus semangat.
Pantasnya masa meninggalkan kite kan.Pantas sangat kak nun rasakan ...

kakak Fara & adik Farid...kecik2 so cute.


Semakin usia ini meningkat, kak nun rasakan masa seolah olah sangat mencemburuinya kak nun.

Baru nak menulis, sedar2 dah jam 12:25 larut malam.
Baru nak berusaha sikit buat promosi product, sedar2 ada aje hamba Allah yang mencabar fokus kak nun tanye dan demand itu dan ini. Mintak di layani mengisi masa yang ada. Aku tak cukup masa nak kutip lipas kering mati tergolek minggu lepas tahu! hahaha...
Baru nak layan perasaan tonton Ombak rindu, ada pulak yang merayu ajak keluar kelaparan Dominos.
Baru nak support team Harimau Malaya membaham Garuda merah, sedar2 dah masok 2 gol.

Pendek kata, 24 jam sehari tu macam 2 jam je sehari.Phewwwwwwwwwww .[nampak naaa masa muda remaja jelita aku banyak buang masa berpoya2 ek...]

Happy Birthday anak buah. Semoga menjadi anak yang Soleh dan baik dunia akhirat buat mama abah dan makcik :))

Ya, dah jadi tradisi keluarga...setiap kali hariulang tahun sure ada celebration makan makan kek atau paling happening pun makan pizza dan fotosnapping. Tahun ni ko habiskan exam molek2 dulu deh.

Love - Sporting auntie on earth,
Kak nun.