Saturday, December 1, 2012

December 2012 || Farid's birthday

Huik! sedar sedar dah masuk bulan Disember 2012 ek.

suke mahupun tidak...hakikat putaran hidup. Masa tak menunggu kite.
hari ni 1 Disember 2012, ialah hari ulang tahun kelahiran anak buah kak nun Farid yang ke dua puluh dua. Ahahaha tibe tibe kak nun rasa anak buah yang dulu masa kecik kecik kak nun jaga buat kan susu dan membaling botol susu kebelakang sampai kena balik dahi kak nun.... setiap kali dah habis sebotol di teguknya...

dah besar panjang kus semangat.
Pantasnya masa meninggalkan kite kan.Pantas sangat kak nun rasakan ...

kakak Fara & adik Farid...kecik2 so cute.


Semakin usia ini meningkat, kak nun rasakan masa seolah olah sangat mencemburuinya kak nun.

Baru nak menulis, sedar2 dah jam 12:25 larut malam.
Baru nak berusaha sikit buat promosi product, sedar2 ada aje hamba Allah yang mencabar fokus kak nun tanye dan demand itu dan ini. Mintak di layani mengisi masa yang ada. Aku tak cukup masa nak kutip lipas kering mati tergolek minggu lepas tahu! hahaha...
Baru nak layan perasaan tonton Ombak rindu, ada pulak yang merayu ajak keluar kelaparan Dominos.
Baru nak support team Harimau Malaya membaham Garuda merah, sedar2 dah masok 2 gol.

Pendek kata, 24 jam sehari tu macam 2 jam je sehari.Phewwwwwwwwwww .[nampak naaa masa muda remaja jelita aku banyak buang masa berpoya2 ek...]

Happy Birthday anak buah. Semoga menjadi anak yang Soleh dan baik dunia akhirat buat mama abah dan makcik :))

Ya, dah jadi tradisi keluarga...setiap kali hariulang tahun sure ada celebration makan makan kek atau paling happening pun makan pizza dan fotosnapping. Tahun ni ko habiskan exam molek2 dulu deh.

Love - Sporting auntie on earth,
Kak nun. 

No comments:

Post a Comment