Thursday, March 28, 2013

PUBLIKA || Weekend bersama My Lovely Sistah

Hari Sabtu lepas...
kakak kesayangan sampai daripada JB. Kami ada jemputan perkahwinan anak sepupu kami di De Palma Ampang malam itu.



Kami 3 beradik ketara berbeza, namun aku adalah kombinasi mereka berdua. 
Unik bukan?


Kalau dah jumpa kakak aku yang sorang ni, memang rumah aku jadi gamat. Hadir majlis perkahwinan sepupu pun kami jugak yang tetap menarik perhatian tetamu. 
Kecohrable tak habis habis.
Maharaja lawak pun malas nak gelak dengan perangai kami.

Ada ada saje bahan yang kami bahankan. Gelak ketawa toksah kire.
Aku rasa, aku belajar bahankan orang daripada dia. eh yea ke?
kalau tahu kakak aku bagi statement macam ni tentang dia...pasti dia jerit kuat pada aku, 
padahal aku duduk sebelah dia aje :))). 

Apa pun keadaannya, aku sayang kakak kakak aku. Tak kire la apa yang aku pernah belajar dan di pernah ajar aku. 

Ahad, 
kami rancang nak ke KL tower. Jalan jalan amik gambar dan menikmati makanan di restaurant berpusing di sana. Tapi hari HUJAN. Tak best kalau berposing dalam hujan kan.Aku tak pernah ke sana. Best ke?

Maka, niece aku bawak kami ke Publika. Independent art mall di kawasan Hartamas dan Solaris.
Kat sini bole di katakan brand berjenama biasa biasa kite dapati di Midvelly atau One Utama . Tiada ye.
Yang banyak bole di lihat di sini, barang2 antik, barangan seni, bagi mereka yang berotak kreatif. Sile la henjoykan diri anda di sini.

Kadang kala, laungan puisi dan sajak akan kedengaran jua di public stage di luar bangunan. 



Semuanya independent shop dan art gallery. 
Kepada remaja yang gemarkan lepak santai berseni bole la bawak famili ke Publika, di Hartamas.
Orang tak ramai. Tapi makan makan di Bens sedap.Kak nun suke. Masok kedalam supermarket Big beli buah buahan segar pun kak nun suke. Gaya hidup yang kak nun gemari.

bersama anak buah ku..Naim the Bruno Masai dan abang 
serta Fawa.
Mereka adalah kombinasi mak atuk, atuk, bapak, mak, akak aku dan aku
walauweiii...sengal segala kadang kala tapi penyayang. Bole gitu?
Pendek cerita, keluarga ku is keluarga bahagia

Petang Ahad, Kakak aku paling sulung suruh aku dan kakak halang kakakku nak balik JB.
Argh sudah! apa kes pulak ni?

ngok ngek ngok ngek adik beradik..rupenya ada hal tandatangan tanah hasil pemberian arwah atuk yang tak sudah2 nak di selesaikan. Tanda tangan artis di perlukan. Auw! kalau tak..tak hado wang la jawabnya.

Keadaan abang dan kakak dah semakin meningkat usia...menjadikan aku dan kakak gelak tak tentu hala..mata masing2 dah tak nampak, ada yang rabun jauh, ada jugak yang rabun dekat, Termasok la diri aku.
Artist hampir buta pun ada..hahahahah kalau tak pakai spek terus tak nampak hape.

Selesai sesi sign menyain surat tanah ke hape ntah, aku bawak balik kakak ke rumahku.
Aku nak belanje anak buahku Si bruno masai sempena SPMnya yang banyak A. Malangnya kedai makan yang aku target nak menjamu selera tutup awal pule.

Akhirnya kedai makan  tak fofular di Bangi menjadi pilihan makan malam siakap stim dan udang celup tepung bersama.
Tepat jam 1pagi baru kakak abang dan anak2 buahku bertolak balik ke JB.
Ntah bile kite dapat bertemu lagi ni?????

dah start rasa rindu semula,
Kak nun &____%


Happy life project *** Alhamdulillah, order untuk product product Unicity masih ada setiap bulan. 
Terima kasih customers!








Wednesday, March 13, 2013

Home Party JUMAA || tribal memang HOT

Aku betul betul tak sangka...tibe tibe sesiapa saje yang pakai inner neck silang.
Di kenakan pula dengan selendang.
Tampak cantek jadinya.

Tribal design material cotton viscose mudah di gayakan dengan inner neck silang. Cantek dan HOT.
Di gemari teman teman sepejabat aku dah sekarang ni.
Pegi sana si dia dengan tribal orangenya...pegi sanun dengan shawl corak Italiano orangenya juge.
Yang nun jauh di sana pun sanggup datang malam malam ke home party after keja mencube kelainan.
Bagus kan.

Yang dah beli sehelai. Tibe tibe nak order lagi 3 helai. Aku happy betol tengok kawan kawan dah pandai bergaya.
Yang dulu tak pandai bezakan royal blue dengan electric blue pun dah mula pandai ajar aku...hahahahahaha

Sikit sikit tapi berani mencube. Happy la dengan perubahan yang berlaku. Weeeee...


Shawl tribal dan inner neck silang berona merah jambu kini di gilai ramai.
Manis dan ayu kan?

dapatkan anda punya di JUMAA ;)
email kami di MYJUMAA@gmail.com tau utk order banyak2. hiks

^^^^ Oh!semalam dapat kek caramel dpd agent unit trust kak nun, 
adik adik dah melabur dalam unit trust belum?
kalau belum..melaburla sikit. Dividen lebih bagus berbanding simpan kat kwsp tu ha..ciput je dividennya.

xoxo
Kak nun.





Tuesday, March 12, 2013

Home Party JUMAA || yang PERTAMA 2013


Alhamdulillah & Terima kasih semua 
atas sokongan, hadir ke majlis dan memeriahkan suasana Home party JUMAA buat julung kalinya.
Terima kasih banyak2 yea shopping bersama kami yang tak seberapa adanya ini.

Walaupon hasil jualan bukan la mencecah RM35k dalam sehari, tetapi 
pengisian 1 hari yang sangat berkualiti dan productive buatkan hati kak nun bahagia sangat.
Hari ini kak nun mengerti bahawa, kite semua mungkin suke bende/perkara yang sama...tapi 
cara kite, masing2 punya cara yang tersendiri.

oh! tak lupa juga terima kasih buat Beaudeez Lingerie yang turut serta sama sama memeriahkan party suke suki JUMAA tahun 2013 ni. In sya Allah ada rezeki nanti kite buat usahasama lagi ok.
Kak nun kagum dengan owner Beaudeez yang mengetengahkan product pakaian dalam wanita buatan Malaysia yang di export ke luar negara sebagai product pilihan mencari pendapatan sampingan.
Syabas syabas.

Orang sana jual goreng pisang abu , kite jual goreng pisang awak
orang sana jual tudung corak2, orang sini jual tudung tak de corak.
dia selamba jual bra...cantek2 dan comel2 ...sempoi kan? :))


Antara warna warni shawl crumple yang jadi perhatian ramai.
Harga JUMAA hanya RM25/ea
seorang customer borong 10 pcs sekali borong..ok ke tak ok? ;)

begitu juga trend masa kini, shawl tribal yang jadi kegemaran ramai.
Harga JUMAA hanya RM25/ea
Mungkin harga di pasaran jauh lebih tinggi berbanding harga JUMAA kan?
harga pasaran dia orang jual RM39 sehelai..penah dengar tak? 

hey! datang la Home party...dapat lagi murah okkkk.
dapat makan makan jugeeeeeee


hai auntie,  im zulaikha. 
Dah hampir 1 tahun setengah akhirnya kak nun dapat lepaskan rindu dendam dengan budak tecit ni.
sangat kimora posing dia kan. 
walaupun hanya main cuit2 jari dengan dia..kak nun dah rasa nak jumpa dia lagi...jom dating zuzu!

antara yang sibuk kan diri...
eh eh chop! sibuk meniaga ke sibuk shopping kak nab oiii..hahaha
sesi ajar mengajar lilit shawl buat sahabat2 yang baru nak belajar pun ada tau
sape sangka, sedikit perubahan mampu menyerlahkan sebahagian BESAR keayuanmu itewww..auw!


kek party JUMAA yang pertama 2013.
Majlis sweet and simple.

ada bunyik2 suruh lanjutkan Home party 10 march hingga 17 march nampaknya. ehiks
Tapi pada 17th March tu pavlova and redvelvet cuppies tak hado la yek.
sile shopping sakan pada 17th march jika anda berkesempatan!

psst # terharu tau...terharu sangat sahabat sudi berkongsi ilmu di dada seikhlas hati. 
Tanpa ada agenda tersembunyi ,
tak perlu bayar fees ratusan ringgit untuk berkongsi ilmu bagi menambahkan lagi bilangan usahawan muda yang LUAS HATI.

Quote
keusahawanan ialah usaha, 
jaringan dan 
keyakinan pada berkat Allah by Mohd Sukur ibrahim


Esok cerita lagi k...tata
Kak nun.





Monday, March 4, 2013

Home Party JUMAA || Datang Tau!

Assalamualaikum,

ahkak nun sekarang sibuk kiri kanan, {ewah! kalah crew sokongan Pilihanraya gitu yea?] ah! tak kuasa.

yang perlu di layan customer order Bios life Energy yea masih tetap ada. Oh hari tu ada adik manis tanye..."ahkak nun dah tak active ke dengan Unicity?"

"Kenapa yek? ahkak nun dah tak nampak active ke?" detik kata ahkak nun ni ha.

bukan ke ..tiap tiap  bulan ahkak nun masih menerima tempahan bios life Energy, Clearstart30, bios life SLIM kan daripada customer terchenta. Siapa la agaknya customer2 ahkak nun yang kerap datang semula order bekalan yang sama setiap bulan ye?

Takan semua nak cerita kan. Ahaks.

Kepada yang suke nak meniaga...seronok tengok orang lain meniaga. Meh la meniaga. Kalau tak tahu tanye ok.

 Bios life Energy ni banyak membantu menambahkan bekalan tenaga. bukan hanya tenaga tambahan, malah fokus pada kerja dan kelincahannya berbeza di rasai hanya kepada yang MENCUBA. tak cube tak tahu betol tak?

oh! kak nun juga akan buat HOME party JUMAA product hijab yang kak nun kongsikan 1 dunia Ahad 10 mac nanti. Hey! datang tau!
Shawl crumple PLAIN ada.

Crumple printed with flowers design pun ada!!!
harga tak percaya punya...datang la yea.


Jangan lupa LIKE page kat di FB : JUMAA oh JUMAA


Shawl cotton viscose TRIBAL design pun ada.


zigzag Lovers. cantek aje ke pejabat mahupun casual weekendware kan.
suke tak suke tak?

yang order tudung dan shawl pun yea....belum lagi nak warna itu warna ini.

yang nak buat Home party Jumaa oh Jumaa Ahad nanti pun yea juga.
Jadi Ahkak nun harap harap sangat, kalau la eh..ahkak tak sempat nak angkat telefon tu...sile la tinggalkan pesanan di Whats up! atau SMS atau email Lilyjaafar@yahoo.com ok.



Dukacita sangat2 kalau tak kesempatan angkat telefon sebenonya...maklum la kerja kiri kanan nak kejar kan.

Sukecite sangat2 kalau korang dapat memeriahkan Home Party JUMAA Ahad 10 March nanti. Nasi minyak tak ada la sebagai titibits tapi Cuppies Pavlova dan red velvet buat basah basah bibir je ada. Hiks.Lebih dahsat lagi, ahkak nun tak ada jiwa bab masak kuih muih ni. Ahkak nun terror ordar aje.

Filalicious je la jawabnya.Cube la klik! :))

sibuk pun ye..Teruja pun yea.

x0x0 -
Datang tau!

Sunday, March 3, 2013

Sabtu | Seronok

Yey! broadband yang lama dah pupus.

Tadi selepas 3 jam menunggu abang2 di MAXIS melayan kerenah customer2 ..akhirnya ahkak dapat broadband wifi terbaru. Customer service MAXIS Alamanda memang chaos. Kisahnya...3 orang pegawai customer service MAXIS handle case aku seorang untuk dapatkan seketul broadband baru. Itu saje sampai 3 orang, selama 3 jam untuk menyelesaikannya. Kronik bukan? Ada pilihan lain?
Operator yang lain lain Celcom? DIGI?...lebih teruk aku rasa...rasa aje le. Aku tak pernah cube. Aku syak aje.

Pheww..tak seronok apabila tak dapat online. Manusia akan kejar keseronokan tak kire apa.
Kalau tak seronok, pasti manusia berhenti melakukannya.Aku nak meniaga pun payah. Tak apa...ada sesetengah bende memang aku kena sabarkan aje.

Betol tak?

Seronok jugak bertemu dan berlibur bersama sama kawan kawan sekali sekala di hujung minggu.
Matlamat yang asalnya 1... menjadi 3 matlamat tertunai, semuanya tercapai.

Seronok!


nota pedih || sedih jugak dengar berita perginya perwira negara kat Lahad Datu. Yang tak sudah sudah kecam PDRM. Henti. Hentikan lah.

Aku anak bekas PDRM jugak.
xoxo
K nun.