Saturday, November 24, 2012

hidup ini memang SEMENTARA


Petang khamis,
Text masuk..."Mak long kembali ke rahmatullah...Al Fatihah. Pengkebumian esok hari Jumaat pukul 11pagi. Sekian."

Aku duduk terdiam. Tunggu encik suami pulang dari kerja.
Balik kampung ke tak?
Tak ke balik?
Keadaan kereta aku tak mengizinkan aku memandu jauh saat ini.

Aku terus sms boss tanpa tunggu2 lagi, bagitau aku EL esok hari.
Hajat hati nak balik melawat arwah Mak long dan keluarga di kampung sekali.

Jumaat Pagi-pagi...
Start2 enjin kereta. Temperature naik, kemudian turun, naik balik dan suke hati ayah dia nak turun.
Aku duduk aje di rumah. Sms kakak, kakak balik ke wahai kakak?
"nak ke Singapura ni..tak balik le"
Aku duduk terdiam sekali lagi.

Perasaan sayu dalam hati sewaktu menerima berita pemergian arwah Mak long tidak sehebat sewaktu aku menerima berita pemergiaan arwah2 terdahulu.
Apa yang boleh aku kenangkan tentang arwah mak long..hmmm..yeah, aku tak berapa akrab dengan arwah mak long berbanding Mak Andak.
Adakah kerana aku tak berapa rapat dengan arwah sewaktu adanya dulu?
Adakah kerana aku sudah redha menerima hakikat kehidupan bahawa setiap yang hidup PASTI mati?
Adakah kerana aku sudah tahu perasaan di tinggalkan dan tak akan kembali lagi?
Dunia ini memang sementara.



Kalau kite tak buat luangkan masa sebaik baiknya berada di sisi manusia yang kite sayangi hari ni. Esok lusa dia pergi...
takan kembali lagi.
Macam mana?


Aku sedekahkan Al fatihah setiap habis solat ku.
Moga moga arwah mak long di tempatkan di kalangan yang beriman. Amin.



***

Petang Sabtu...
ting tong..tong ting..sms masuk bertali arus..

"Ko pergi wedding adik zek tak esok?"tanya sahabat di PJ.
Kawan kawan dah mula bertanye planning hari esok. Ada jemputan persandingan adik lelaki zek di Ampang. Aku ingat ingat lupa jalan menuju rumah sabahat di Ampang. Pendek kata, aku memang tak ingat lah.Kalau ada yang sudi amik aku di pertengahan jalan, aku teruja juga memeriahkan suasana. Tapi kalau semua dah ada partner in crime masing masing...aku lepak di rumah aje pun tak mengapa.

"Aku tak sure lagi nak pergi ke tidak" balas sahabat lagi seorang di Kampung Batu.
"Kalau korang pegi, aku pegi. Kalau korang malas, aku pon" balas aku senteng.
Kereta orange ku demam sejak dua menjak..Payah nak jalan jauh. Risau sentiasa ada setiap kali nak meredah sesak lalu lintas ke Ampang atau jauh sikit dari singgah sana aku ni. Kalau dah meter temperature naik tibe tibe di celah sesak lalu lintas. Nak berhenti ke apa?

Hmm...macam tu la ...

Pelik bin ajaib,
Semua organ dalaman kereta dah aku ganti baru. Apa lagi tak kena dengan temperature kereta ni?
Tak tahu nak buat apa...

Oh!Wiring aje belum di check.

Mood kak nun ### berarak mendung kelabu...mana aku nak carik WIRING man yang tersohor di KL ni?

No comments:

Post a Comment