Thursday, November 15, 2012

Salam HIJRAH || lebih TAKWA dari semalam




Salam Tahun Baru adik manis...

Masuk saje awal tahun baru, masing2 renew azam tahun baru juga la kan.Status kat FB menarik hati kak nun hari ni antaranya eh...

Antara azam tahun baru yang mengWOW kan diri ini ialah :-
" semoga matlamat 1434/2013 to be wealthy dalam ibadah tercapai... 
1) habis baca 30 juzuk alquran, 
2) ke 10 seminar agama, 
3) perbaiki solat, 
4) sentiasa syukur, 
5) istiqamah ke masjid utk mendekatkan silaturahim"

 Insaf sebentar.

Tahun baru ni kak nun nak renew NIAT kak nun la. Tahun lalu kak nun niat nak solat di awal waktu. Alhamdulillah, cume kadang kala tu..biase le manusia. Terlajak2 jugok. Tahun baru ni kak nun niat nak KEKALKAN solat di awal waktu.Tak mahu nanti nanti dah...

Kak nun percaya dan yakin, apabila kite jaga hubungan dgnNYA yang maha Penyayang, insyaAllah yang maha PENYAYANG sentiasa berada disisi kite. Selama hayat dan saat ini pun dah semuanya cukup. Yang tak cukup ialah ke takwaan dan ketaatan kak nun memperbaiki diri sebagai HAMBANYA.
Kak nun tak mahu leka leka lagi dah...dulu masa zaman rumaje hidup kak nun dah cukup sarat barat leka dengan perkara yang tak sepatutnya.

Cukup cukup sudah...cukup sampai di sini saje..{ewah..lagu lagu macam ni mudah sangat melekat kat cuping telinga kak nun lah...}

Di pendekkan cerita la ek...tahun ni ...
kak nun dah berjaya tanam pokok dalam pasu empat segi...kejayaan hebat tu beb..hahahaha 
itu je??

Pasu empat segi yang kuidamkan selama ini akhirnya di temuiiii.
Syabas beteh kerana tidak putus asa mencari...
eh sebenarnya kan you alls kedai pasu landskap ni muncul depan mata aje tibe tibe.
  • Alhamdulillah...Allah sentiasa menemani hati kak nun agar sentiasa rapat denganNYA. 
  • Alhamdulillah juga kak nun di SERGAH lebih awal dari ketaksuban yang membuatkan kak nun jauh dan leka menyempurnakan niat suci kak nun bina untuk terus rapat denganNYA.
  • kak nun tanam niat mengekalkan solat di awal waktu. Maintain...
Mudah mudahan perjalanan yang kak nun pilih ini di berkati olehNYA.


Project bumi dan tanahku pijak HIJAU di Mardi.
Bagus la abang2 Mardi ni..semua dia org ajar..dari cara cara nak masokkan tanah ke dalam pasu sampai la bekalan cahaya matahari untuk pokok pun dia bagitahu.
Diriku berjiwa petani rupenya...:))

Dah sampai kat nursery pokok pokok , perasaannya sama macam masuk shopping mall nak pilih baju yols. Rambang mata kauuuuu nak pilih jenis pokok. Semua nampak cantek dan hijau yang menenangkan jiwa remaja purbakalaku.
Tibe tibe kecintaan terhadap pokok meluap luap di sini

Akhirnya kak nun pilih pokok berbunga putih suci bersih bersama daun lebar ni.
Duk tepi sudut dalam rumah kejap..sayang! hahaha
Esok kak nun post gambar pokok ni selepas di masokkan ke dalam pasu empat segi yang bergaya itu eh ;)
 

Salam Maal Hijrah 1434H ;)
 







No comments:

Post a Comment