Sunday, November 11, 2012

Kuning Puteh :: Wedding Rini

November musim cuti sekolah...musim hujan dan musim orang kahwin sini sana.
Menghadiri kenduri kawen memang kak nun suke...dari dulu lagi sampai sekarang, kak nun memang suke pergi kenduri kawen.

Kak nun ada 1 lagi jemputan majlis resepsi di Sg petani pada tarikh yang sama semalam. Tapi... kak nun terpaksa pilih majlis resepsi Rini.

Rini dengan Hana niece kesayangan dah macam kembar sewaktu zaman bujang.

Rini dan zikree sentiasa hadir setiap kenduri kendara dan hari raya keluarga kami. Sekaligus dah jadi sebahagian dari pada keluarga. Gelak tawa kami, gelak tawa juga buat kelurga Rini. 


Ada aje kenduri kendara di rumah kami, Rini pasti ada di sisi Hana anak buahku membantu itu dan ini. Sehingga hari perkahwinan Hana pun dia yang paling ringan tulang meyiapkan apa yang perlu, dengan senyum tak lekang di wajah.

10.11.12 iaitu semalam, bersatu la Rini dan Zikree di Dewan Meranti sungai Buloh.Kesesakkan lalu lintas orang nak balik raya Deepavali bukan  main hebat lagi menuju ke utara. Sabar dengan ketaksuban yang tak berapa nak raya Deepavali balik kekampung tak menghentikan niat nak lihat Rini bersanding.

Kak nun pasangkan badan dengan kurung modern yols.Ahaks.

Sampai aje di Dewan Meranti, dari dalam kereta kak nun dah nampak Abang kak nun membongkok2 curah Teh tarik dan sambar chakoi di khemah minuman petang. Hahahaha...

masok aje ke dalam dewan, kak nun bagitau kat Abang.."ko macam tak mahu kasi orang lain makan chakoi je bang" Abang kejar kak nun keliling meja. Hahahaha...Malu reputasi antarabangsanya tergugat akibat komen dan pemerhatian aku petang semalam.

Yups...keluarga kak nun memang gile2 bahasa. Sampaikan selesai majlis, encik suami terchenta tibe tibe datang jiwa kacau cemburukan akan keakraban kami adik beradik :))


"Abang sebenarnya kecik hati dengan adik beradik abang...Abg S tak pernah datang rumah kite, apa lagi makan semeja macam tadi"...


"Alaa bang...kami tak ada mak ayah dah...abang dan kakak aje yang tinggal..lagipun kami dekat2. Abang kan ada mak abah lagi..., abang M dan adik ..." pujuk aku redakan kecemburuannya terhadap kemesraan kami adik beradik.


Pulut kuning ni kegemaran kak nun adik beradik...tunggu masa aje mak Rini pelawa..kahkahkah.:))



Abang dan cucu kesayangan sampai. 


pok pek pok pek adik beradik tentang majlis perkahwinan Hairil tak lama lagi...sambil cuci mata pandang pengantin atas pelamin.


Kuning puteh tema utama, konsep tradisional jadi pilihan hati.
Gamelan band memeriahkan suasana.
Canteknya si Rini yang memang dah comel lotey.



Abang kak nun kata.."baju ko dengan air sirap sama!!!"
hahahaha 

Selamat Pengantin Baru Rini & Zik, 
semuga bahagia hingga akhir masa

Love,
Auntie Lily :)













No comments:

Post a Comment