Monday, February 4, 2013

5D 4N | China 2013

Alhamdulillah...Allah maha besar maha penyayang.

Tahun baru 2013 bermula dengan baik dan mengembirakan buat kak nun. Hati rasa amat bahagia sekali. Tiada perkataan yang dapat mengambarkan perasaan kak nun.

Menjejakkan kaki di bumi China selama 5 hari 4 malam bersama kawan kawan yang berbeza latar belakang kecemerlangan membuatkan setiap saat kak nun lalui sangat menarik.

Kak nun baru balik daripada short trip China - Huangzhou-Wuxi-Suzhou dan Shanghai 28 Jan 2013 minggu  lalu. Jauh berjalan banyak pengalaman yang dapat kite pelajari....kata orang. Kak nun setuju dengan pepatah itu. 

Berjalan jalan di Lihu Park bersama teman tersayang selepas beberapa tahun tak jumpa lagi la menambahkan keseronokkan yang sedia ada. Lawak jenaka gelak ketawa kan makeup terbaik wanita...;)

Mendengar penjelasan cerita ceriti tentang negara China hasil penjajahan dan pembangunan masa kini, di selitkan persembahan acrobatic di arts and culture centrenya yang menjadi kebanggan rakyat dan negaranya buat kak nun kagum sana sini tentang China.

Namun jauh di lubuk hati. 
Malaysia tetap tanahair kesayanganku. Kak nun bersyukur.



Lihu Park - little small tiny snow covered - sejukkkk


Rock at Pagoda - with my lovely frens zai & mimi - u guys rock!


18 strangers - now become Teman Tapi Mesra group.


Venice of the East - Suzhou- City of Love - Boat rowing sambil dengar lagu dendangan apek - tak paham sebijik butir pun  permandangan memang cantek....suasana jadi indah.


Old and new friends - Amazing + Fantastic friends!!!


Bagusnya tentang China dan warganya...
  1. Mereka rajin berusaha untuk perbaiki taraf hidup.
  2. system jalan raya mereka agak celaru. boleh di katakan macam tak ada sistem pun. Tapi tak ada la berlaku kemalangan2 kecil. Kalau ada pun maybe mati katak terus.
  3. memandu dan honk sana sini adalah perkara biasa. Maybe sebab mereka tak paham undang2 mereka sendiri atau, negara mereka terlalu besar sehingga tak ada siapa peduli jika tak ikut undang2 jalanraya dengan betol.
  4. Bole u turn di mana jua anda suke hati mak ayah. Bagus kah?
  5. Mereka sangat gigih membangunkan negara yang besar itu.
  6. Mereka juga memiliki bangunan cekerawala yang tinggi giler dan menarik serta mengagumkan.
  7. Mereka memiliki keretaapi laju.
  8. Mereka memiliki jalan raya dan highway yang berselirat
  9. Public toilet di tourist centre elok aje. Tidak seperti di gambarkan...Tak ada kepung, ko kencing dalam longkang tepi jalan je. Mungkin ni kawasan pendalaman dan lama seperti di Beijing dan seangakatan daerah dengannya.


Yang tak bagusnya...
  • mereka sanggup berlakon dan menipu. Janji barang atau product mereka terjual.
  • harga di pamerkan jauh giler lebih tinggi berbanding harga yang mampu mereka turunkan untuk jualan.
  • sistem jalan raya mereka semua dalam tulisan cine. Berselirat dan kadang2 macam tak ada undang2 pun. Cara pemanduan seolah2 mereka memang tidak hirau atau hormatkan pejalan kaki. 
  • Motor sikal tiada lampu di malam hari ok.
  • di sesetengah kawasan mereka tidak pandai langsung berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sukar giler bagi kak nun nak tanye itu dan ini. phewww
  • mereka mengekalkan budaya dan peningalan lama, sejarah dengan baik sekali.
  • mereka juga membangunkan kemodenan dalam masa yang sama
  • Public toilet sangat busuk bagi tempat tempat makan termasuk Pizza Hut. Pengsan!
  • Makanan herba rempah ratus walaupon muslim food tapi perisa yang berbeza dengan tekak kak nun.
  • Ada unsur2 paksaan dalam sesetengah activity jual beli.
  • Mereka siap tarik2 tangan customer untuk pastikan barang jualan terjual. Nasib baik tak tercabut tangan kak nun kauuu...careful yeah!
Bagus dan tak bagusnya tentang kawasan berkaitan tempat kak nun visit saje yea. Bukan kak nun kata semua daerah di China sama aje. Macam huru hara je entri kali ni. Jet lag lagi kah? Wahaks.
Penerbangan KL ke china hanya 5 jam aje. Lag celah mana jah? kihkih

Pastikan kepada yang nak melancong ke negara China, buat research betol2 tentang kawasan yang hendak anda lawati bagi mengelakkan anda di tipu kau kau!hiks.

Hebat sekirenya anda memahami bahasa Mandarin atau setidak2nya boleh berbahasa mandarin untuk komunikasi dua hala yang lebih baik.Kalau tak bijak berbahasa mereka, stress mcm kak nun. Nak shopping payohhh.


Amacam? Menariik bukan?
Superb trip?
Kemana trip kite selepas ni geng?

From china with love,
Lily

*Moral : setiap makhluk di ciptakan olehNYA ada kelebihan dan kekurangannya.
Hanya kerana mereka tidak sependapat dengan kite, usah kite menilai siapa diri mereka.
Fikirkan le - siapa diri kite untuk menilai sesama manusia *


Friday, January 11, 2013

Makan Free @Red Wok

Boss jemput kami minum petang beramai2 semalam. 

Allocation berlibur untuk tahun 2012 yang tidak pernah di usik oleh Boss.

Restaurant Red Wok jadi pilihan boss, sebab owner restaurant sahabat dia katanya.

Kak nun ikutkan aje. 

Ada 2 batch yang kak nun susun aturkan. Tak bole pergi semua sekali gus. 

Silap haribulan bank kesayangan ramai tu bungkus. Customer bole jadi histeria kalau batch tak jalan sempurna malam tadi. 

Acara makan makan free setiap bulan jadi acara ko bayar sendiri bulan bulan la nakk pulak nanti.

Seronok jugak kak nun malam tadi, dengan menu pilihan sabahat lama yang dah agak 2 tahun kak nun tak temuui. its was Fun. Sekali sekala dengar kisah lama di imbas semula. Kelakar giler.

 Gelak besar sambil makan besar memang best. 



soft crab.

tomyam seafood power.

kak nun prefer siakap steam daripada Kerapu Stim.
anyway its free,apa pun sodap.

Brokoli oyster

Geng from Maybank datang juge.
"Ko nampak kurus la der..."kata aku kat dia
dia jawab "aku saje maintain SLIM."
"Aku nak apply Maybank la der..."kata aku merisik khabar.
"Orang baru kahwin 2 3 tahun tak sesuai keje Maybank ...hekhekhek" jawapan tak ada ide lain, asyik nak kenakan aku.

Kawan lama kalau membahankan tak apa...kalau baru kenal dah membahankan orang lain. 
Nak kena penampau namanya. Sile lari laju2 ye. Hahaha



xoxo
happy betul perut kenyang senang hati
bil :: 16 0rang - 6 menu - RM500 ok la kan.

 



Seronok

Sejak 3 menjak ni...

kak nun dah semakin tak seronok nak update blog.

Antara sebab yang bole kak nun kongsikan hari ni ialah :-

1. Malas menulis.

2. Menulis dah jadi tak seronok.

3. Melancong lebih seronok.

Dah tibe masa kak nun ceburkan diri dengan activiti baru.Sekian.

oh! 10 Januari 2012. Genap setahun kak nun amalkan minum supplement Bios life SLIM. Alhamdulillah. Masih amalkan. Oh! dapat sahabat baru dpd Sandakan Sabah. Dia pun nak slim macam kak nun. Hiks.

Happy for you fren & Good Luck!

xoxo
Kak Nun.


Friday, January 4, 2013

5D 4N - Singapura 2012 - Day2 lagi...

semalam lepas maghrib...

kak long call..."dah balik dari Singapura?"

Adik bongsu " dah balik dah...malam sabtu..pkl 12mlm sampai"

Kak long dengan tone bosan "  apa ada kat singapura??" {aku dapat bayangkan mulutnya yang mencemek } :))

Adik bongsu " ada museum, ada mall, ada kampung GLAM, ada makcik Maimunah { sapa punya makcik la nie yek..hahaha] ada Universal studio, ada karipap rangup, ada zoo yang bela baboon bontot merah...best!"


..maaf la yek..kami orang kampung, pegi mana mana bawa bekal..:))
{tips jimat :: kalau merayap di kota singa...kalau duit korang banyak..apa ada heran makan aje la kat restau yang bersepah sepah tuuuu kan. Pastikan restau yang korang nak makan minum tu ada cop kaler ejau buat yang beragam islam yek ;)}

kalau dia org copkan semua restau dengan cop ejau kan lagi bagus. 
Maju singapura dari semalam.
cop ejau itu maknya Halal lew.

CHOP! apa hal pulak dengan gambar karipap ni kak nun?
Aku teringat..aku tepek ler. Tak ada relevant pun dengan tajuk..hahahah

USS kembali lagi...
sementara menunggu budah budak tak berapa nak budak tu habis mengembirakan diri dengan  Batalstar Galactica..kak nun nikmati keindahan sekeliling.
Haritu cuti sekolah, cuti nak kismas lagi..manusia memang padat ar kat USS.

hampir sama dgn monument yang terpacak kat halaman belakang rumah.

orang lain selalu sibuk amik gambar diri sendiri dengan charaters kan?
kak nun sibuk amik gambar sebinior bole???


Ancient city...
ada mamat mat salleh berpakaian hero The mummy tu..tapi kak nun x kuasa nak kejar dan bergambar dengan dia...sebab muka dia tak sama dengan Hero sebenar.
Bole gitu..hahaha

Si F ni memang obsess dengan binatang :))


siapa tak kenal binatang ni memang kena masok skool semola.

kite lihat apa lagi ada di dalam USS..


aha! binatang lagi...ahahaha nak tonton ni semua kena tunggu sampai larut malam.
Waktu ni kak nun terserempak dengan Fairy Mother...gambar ada..

jap eh carik :))

Far far away castle ...Dunia kegemaran hambaaaaa Princess Lilyyyy...tibe tibe rasa berada dalam zaman Merlin ..hahaha

bersambong lagi eh :))

***

we dont run, we dont cycles,
we WALK.

x0x0
Kak nun.










Wednesday, January 2, 2013

5D 4N - Singapura 2012 - Day2

Sorry ek..patutnya kaknun post this entri semalam.

Tapi selepas tonton Adam & Hawa drama, kak nun terus nampak katil.Mula2 ingat nak menulis sambil terlantar di atasnya...rupe rupenya itu hanyala khayalanku belaka...hahaha

kak nun tidur lena bagai bayi yang comel gitew.

Hari ke 2 di Singapura, destnasi - Universal Studio la apa lagi. Ejan dah bersiap tepat jam 6am. Almaklum la anak kapten, pantas bersiap kau nak berjalan. Kak nun dan anak anak buah masih lagi tertonggeng2 tegakkan kaki nak bangun dari tidur.

Sakit kaki menapak ke muzium semalam tak habis lagi, tapi sebab destinasi hari ke dua ni Universal studio yang belum pernah kak nun jejaki maka di gagahkan jugak mata dan kaki bangun dari tempat tidur la kan.

Tempinese agak sejuk dan berangin bulan December...syiokkk siut tidur.Liat kemain nak bangun.

6:30am we all berempat dah serbu kedai roti pratha depan rumah. Orang Singapura sebut Pratha, roti canai yelek! padahal rupe rasa sama aje.:))

dari tempinese naik bas, amik MRT terus ke Sentosa Resort.  Keterujaan muka sorang2 memang tiada bandinggannya...

Jakunis memang begitew..hahahaha

 Hari ni kapten pelancong, jadi tourist no 1 kat USS :))

rata rata pelancong sampai USS globe sure nak bergambar kan..Nah! kak nun kasi posing menarik snap sendiri dgn tiket entrance berharga SGD75 ..lain dari biasa kan?hahaha

Satu tiket, semua rides bole masok. Kalau nak try semua ride dalam USS...nda hanya perlu beratur sekurang2nya 40 mins bagi setiap ride atau activity yang ada. Sanggop der?


orang tua pun teruja kalah kanak kanak..camne ni?

kalau ada bawak SingDollar banyak banyakkkkk...kasi borong ni semua :))

antara dunia Universal Studio yang ada...kak nun teruja sgttt nak tgk SCI FI CITY..huhuuuu

haa tu diaa...visit  Transformer nest la acara wajib kan..jom!!!

sile beratur molek2 yea...

kite akan lalui suasana yang gelap dan terkurung yang agak lama di dalam nest heading to north 319 ini

jangan lupa bawak makanan roti, air kosong, telur rebus dan dan suke ati korang la nak bawak apa, kang kalau ko stuck dalam lane ni..idak la pengsan ke naik pening plak beratur lelama kan

maaf la yek..kami orang kampongg wakakaka

ikot muka ni sepanjang jalan 

dan pusing lagi...

lagi...

dah nak dekat ke???

belum lagi ye...jalan lagi

masuk dalam lagi...lagi..lagi...


Ada pengumuman...!!!!bla bla blaa..we having technical error bla bla bla not sure how long bla bla bla so many other rides outside, bla bla bla enjoy urself!!!

Hamik kau!!hahahahaha rosak la pulokkkk

Anak buah kak nun terus moncong macam keldai..
"aku nak hiburkan hati aku ah dgn bende alah ni..."katanyaaaaaaaaaa


Battlestar galactica dan Cyclon jadi penghibur hati.
Woweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!

xoxo
USS series dua bersambung ek...panjang skit cite kat USS ni. heeeeee

kak nun.




Tuesday, January 1, 2013

5D 4N - Singapura 2012

Dec 2012 - 5 hari di Singapura,

Hari pertama, kak nun dan anak buah menapak dari Orchard sampai la ke Fort Canning.

Yups! kami tak berlari, tak berbasikal.

Kami walk sambil menikmati panorama Kota singa tahun 2012.

Kali terakhir kak nun lawati kota singa iaitu lewat tahun 2008 .. huhu...dah banyak yang berubah.

begitu juga diri ini..;))

tibe tibe tembus kat ION mall..hahaha penangan MRT unplan dari kapten pelancongan kak nun.

ini bukan la misi eksplorasi utama hari ni, tapi perempuan kan...nampak aje kasut. Confirm plan tersasar! hahaha betul tak?

entah dari lorong MRT mana ntah..seedar2 we all keluar kat sini - ION mall...hahah yang penting Orchard roaddddddddd..

Kapten pelancongan kak nun baru gelabah bukak map...

keluar saje dari mall, anakbuah kak nun terus menerkam pakcik tepi jalan...kak nun tak tahu cerita ni follow aje bontot dia orang...

ice cream kepit ni kegemaran kami sekeluarga...wajah kepuasan! macam dapat jjongkong emas kan?hahaha

destinasi langkahan kami seterusnya...national MUSEUM of singapore,


Sculpture di hadapan museum national of spore...menarik2 dan macam macam...tak lalu nak tepek banyak2.

lepas tu kami ke Muzium peranakan. Paling best kak nun dapati kat muzium ni ialah wedding kaum Peranakan....costume dia orang mak aiii!!sarat nyah..


hari kak nun lawati muzim, dapat FREE admission ...weee sempena Kismas day!!weee...

kak nun sambung esok Day 2 di kota singa ok.
psstttt :: nak sambung tonton Bridget Jones Diary - The Edge of reason sat ngeee..

xoxo.

Selamat Tahun Baru 2013 semua 
Kak nun.


Sunday, December 16, 2012

14-12-12 Annual dinner BEST



Jumaat minggu lepas,
kak nun pergi company annual dinner di Shangri La K.L. Hari jumaat kau...sesak la. Tapi nasib baik kawan kak nun ada amik rooms di Shangri La hotel. Bole la jugak kak nun tumpang berdandan.

Sampai KL. walauweii. kesesakan lalu lintas di hari jumaat bukan perkara pelik lagi la di KL kan.
Nasib baik ada bawak hero sorang, sempat jugak dia berlari ke KLCC rotiboy tapau roti. Kalau tak perut kak nun yang makan lunch pukol 11 lapar gastrik kentot petai jadinya ok. Hahahaha...

Tahun ni kak nun ke majlis makan malam tahunan company dengan adik adik daripada team yang berbeza. Nad dari storage, Zana dari mainframe, idaura from Security, Ruby from DR, Edy from Uhaul, siti from wintel, eh ramai la wajah2 baru. 

Makanya, party tahun ni jadi syiok dan besttt!!!!

Lucky draw gift pun menterujakan kak nun tahun ni. Tak senang duduk aku kau. sekejap hirup ciken essence, sekejap  berdiri nak tengok namaku terpapar di kaca LED..hahaha Tapi kak nun tak dapat apa pun. Dapat makan je chiken aje. Hahahaha..Rezeki adik adik yang tak penah merasa lucky tahun sebelum2 ni kut tahun 2012 ni kan. Kasi chan la...

Monday pagi,
kawan kak nun yang bekas bekas company lama pun jeling2 la gambar kami berparty..hahaha walaupon tema adalah ala ala retro, kami semeja..ikut suke hati mak ayah aje menretrokan diri dengan gaya Arab.wakakaka...Jum zasss foto gedik bersama kak nun berannual dinner 2012 di Shangri La..


Abg peter pan Edy pun ada jugokkk...si DR sistah kemain bergaya dengan selendang herot, Habis dinner memang herot betol jadinya. hahahaha habis rambut bagai berlumba2 keluar dari selendang..hahah aduii kelakau.


Chicken dumpling.serba serbi makanan tentang Ciken lah!


Mak yong Nad tgh abadikan menu malam ini...


Mak long dan idaura..tema lari tajuk. Arabian retro pun tak macam ni woi.hahahah suke hati ko la labuuu


yang ni je sedap kat tekak kak nun.



Annual dinner company ‘Through the Decades’ last Friday.
Awesome!



bersama Aerosmith....hikhiks..Aerosmith [la sangat]



chicken lagi


ni je kotak tpt nak posing maut di sediakan. Yang lain belon habis kena sapu bawak balik..


Untong la dia ni dapat...Sile minum kopi Gusto Dolce sampai kembung 


Mak yong nad...dah ngantok.

kenangan bersama Mun...kami satu taman, satu kompani..tapi jarang jumpa. Canggih tak? :))
canggih [la sangat]


dengan Muni..muni je yang paling retro among us..
yang lain lari tema..ahahhaah walaubagaimanapun, kak nun rasa..less is MORE.
over2 tak main ....semak!hahahah



Door gift tahun ni tak kena dengan tekak kak nun...

tapi ok la ada mobile charger utk mr BB ..ngeee

Thank u company
xoxo
Kak nun.