Monday, February 4, 2013

5D 4N | China 2013

Alhamdulillah...Allah maha besar maha penyayang.

Tahun baru 2013 bermula dengan baik dan mengembirakan buat kak nun. Hati rasa amat bahagia sekali. Tiada perkataan yang dapat mengambarkan perasaan kak nun.

Menjejakkan kaki di bumi China selama 5 hari 4 malam bersama kawan kawan yang berbeza latar belakang kecemerlangan membuatkan setiap saat kak nun lalui sangat menarik.

Kak nun baru balik daripada short trip China - Huangzhou-Wuxi-Suzhou dan Shanghai 28 Jan 2013 minggu  lalu. Jauh berjalan banyak pengalaman yang dapat kite pelajari....kata orang. Kak nun setuju dengan pepatah itu. 

Berjalan jalan di Lihu Park bersama teman tersayang selepas beberapa tahun tak jumpa lagi la menambahkan keseronokkan yang sedia ada. Lawak jenaka gelak ketawa kan makeup terbaik wanita...;)

Mendengar penjelasan cerita ceriti tentang negara China hasil penjajahan dan pembangunan masa kini, di selitkan persembahan acrobatic di arts and culture centrenya yang menjadi kebanggan rakyat dan negaranya buat kak nun kagum sana sini tentang China.

Namun jauh di lubuk hati. 
Malaysia tetap tanahair kesayanganku. Kak nun bersyukur.



Lihu Park - little small tiny snow covered - sejukkkk


Rock at Pagoda - with my lovely frens zai & mimi - u guys rock!


18 strangers - now become Teman Tapi Mesra group.


Venice of the East - Suzhou- City of Love - Boat rowing sambil dengar lagu dendangan apek - tak paham sebijik butir pun  permandangan memang cantek....suasana jadi indah.


Old and new friends - Amazing + Fantastic friends!!!


Bagusnya tentang China dan warganya...
  1. Mereka rajin berusaha untuk perbaiki taraf hidup.
  2. system jalan raya mereka agak celaru. boleh di katakan macam tak ada sistem pun. Tapi tak ada la berlaku kemalangan2 kecil. Kalau ada pun maybe mati katak terus.
  3. memandu dan honk sana sini adalah perkara biasa. Maybe sebab mereka tak paham undang2 mereka sendiri atau, negara mereka terlalu besar sehingga tak ada siapa peduli jika tak ikut undang2 jalanraya dengan betol.
  4. Bole u turn di mana jua anda suke hati mak ayah. Bagus kah?
  5. Mereka sangat gigih membangunkan negara yang besar itu.
  6. Mereka juga memiliki bangunan cekerawala yang tinggi giler dan menarik serta mengagumkan.
  7. Mereka memiliki keretaapi laju.
  8. Mereka memiliki jalan raya dan highway yang berselirat
  9. Public toilet di tourist centre elok aje. Tidak seperti di gambarkan...Tak ada kepung, ko kencing dalam longkang tepi jalan je. Mungkin ni kawasan pendalaman dan lama seperti di Beijing dan seangakatan daerah dengannya.


Yang tak bagusnya...
  • mereka sanggup berlakon dan menipu. Janji barang atau product mereka terjual.
  • harga di pamerkan jauh giler lebih tinggi berbanding harga yang mampu mereka turunkan untuk jualan.
  • sistem jalan raya mereka semua dalam tulisan cine. Berselirat dan kadang2 macam tak ada undang2 pun. Cara pemanduan seolah2 mereka memang tidak hirau atau hormatkan pejalan kaki. 
  • Motor sikal tiada lampu di malam hari ok.
  • di sesetengah kawasan mereka tidak pandai langsung berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sukar giler bagi kak nun nak tanye itu dan ini. phewww
  • mereka mengekalkan budaya dan peningalan lama, sejarah dengan baik sekali.
  • mereka juga membangunkan kemodenan dalam masa yang sama
  • Public toilet sangat busuk bagi tempat tempat makan termasuk Pizza Hut. Pengsan!
  • Makanan herba rempah ratus walaupon muslim food tapi perisa yang berbeza dengan tekak kak nun.
  • Ada unsur2 paksaan dalam sesetengah activity jual beli.
  • Mereka siap tarik2 tangan customer untuk pastikan barang jualan terjual. Nasib baik tak tercabut tangan kak nun kauuu...careful yeah!
Bagus dan tak bagusnya tentang kawasan berkaitan tempat kak nun visit saje yea. Bukan kak nun kata semua daerah di China sama aje. Macam huru hara je entri kali ni. Jet lag lagi kah? Wahaks.
Penerbangan KL ke china hanya 5 jam aje. Lag celah mana jah? kihkih

Pastikan kepada yang nak melancong ke negara China, buat research betol2 tentang kawasan yang hendak anda lawati bagi mengelakkan anda di tipu kau kau!hiks.

Hebat sekirenya anda memahami bahasa Mandarin atau setidak2nya boleh berbahasa mandarin untuk komunikasi dua hala yang lebih baik.Kalau tak bijak berbahasa mereka, stress mcm kak nun. Nak shopping payohhh.


Amacam? Menariik bukan?
Superb trip?
Kemana trip kite selepas ni geng?

From china with love,
Lily

*Moral : setiap makhluk di ciptakan olehNYA ada kelebihan dan kekurangannya.
Hanya kerana mereka tidak sependapat dengan kite, usah kite menilai siapa diri mereka.
Fikirkan le - siapa diri kite untuk menilai sesama manusia *


No comments:

Post a Comment