Sunday, February 17, 2013

Made in Thailand | sabun

Meh nak cerita sikit tentang minat kak nun terhadap sabun.

Kak nun ni sebeno benonya suke melancong. Kalau dah melancong, sure semalam dua kite bermalam di hotel kan. Di hotel selalunya di sediakan sabun kan? Aha! dari situ la kak nun mula berkecimpung dengan sabun. oh! ada lagi satu...masa study kat US dulu..asyik la dapat sabun free setiap kali ke mall...wangi2 plak tu. Dapat Free setiap kali ada product skincare di perkenalkan di pasaran. Mak suke!!!

Hotel yang menemukan kak nun dengan sabun hasil dari extract buah buahan yang memikat hati kak nun tahun lalu ialah sabun manggis. Syiok habis mandi manda berbuih dengan sabun manggis. Kak nun suke ar. Wangi, bersih dan halus kulit jadinya kak nun rasakan. Kak nun beli di kedai 24 jam di Biyoke Hotel, Bangkok. Kak nun borong 3 ketol je waktu tu. Harga pun tak la mahal, packaging  pulak comel dan cantek. Kak nun pun apa lagi...Walau bagaimana pun, kulit ahkak maintain je sawa matang, bukan jadi puteh lepak cam tepung gomak yee adik adik. Cume rasa sangat lembut bersih dan gebu lagi mulus la kan.

eh! encik suami kak nun ada pesan...

bukan semua barangan daripada Thailand bagus dan 100% asli yea. Ada jugak yang kite kena selidik lebih lanjut , pandang kiri kanan dan tanye sana sini dulu sebelum mengunakannya. Kebetulan pulak pak mertua kak nun asalnya dari tanah Thai. Maka siapa lagi kite nak dengar kisah dan sejarahnya, kalau bukan daripada mereka yang punya salur  galur darahnya ..ye tidak? Tambah pulak mereka ni pakar dalam penggunaan bahan bahan kimia . Tengok la buah buahan dan hasil pertanian dia orang kan...gemuk2 tak hirau musim dah yols. Kena hati2 la jugak tang tu kan.

Mak mertua kak nun pulak pengguna tegar bedak sejuk daripada beras susu yang di extract sendiri. Wajah ibunda walaupun dah tak nampak remaja, tapi puteh bersih dengan amalannya menggunakan bahan semula jadi alam.Kak nun tak la pplak minat nak tepek bedak sejuk tiap tiap malam gitu kan. Seram tengok wajah sendiri di cermin, apakan lagi encik chenta la kan.Ngee...

So, semasa cuti raya cine haritu. Kak nun dan mak mertua ke Padang Besar jalan jalan cuci mata petang hari. Sampai aje di tempat parking kereta sambil tunggu encik chenta parking kereta dengan moleknya. Kak nun terus terpa 1 kedai ni, kak nun nampak berderet sabun beras susu dan macam macam warna serta jenis sabun di jual. Wah! hati berbunga gembire.

"Daripada beli 4 ketul, baik kak nun borong habis" berdetik kata hati.

sabun beras susu COLLAGEN
seketul : RM5
3 ketul RM10
sedozen : RM 20
dah alang2 baik amik sedozen bole campur2 dengan yang lain di bawah kan ;)


kalau ikut cerita ceriti sesetengah pengguna...susu beras bercollagen ni agak mengeringkan berbanding susu beras tanpa collagen.
kedua duanya memberikan kebaikan yang sama.


untuk usia lebih 40 tahun dan ke atas , recommended amik yang sabun beras susu bercollagen
untuk wajah dan badan juga.

sabun beras susu 100% asli di gilai ramai.
murah dan selamat lagi HALAL.

ini rupe sabun beras susu...kalau kak nun guna, kak nun rasa macam ada bau daun pandan  la lebih kurang.


ini pulak sabun susu kambing. Kepada peminat product kambing, sabun susu kambing ni memang hebat.
Wangi bau baby powder.

Sedar tak sedar, kak nun balik kampung kali ni borong sabun beras susu.
Selalunya kak nun hangkut beras pulut SUSU.

di sebabkan kak nun memang peminat product extract buah buahan dan alam semulajadi
maka sabun carrot pun kak nun borong. Sape mahu?
contact aje jangan malu2.
Lilyjaafar@yahoo.com

Halal dan in sha Allah serasi untuk semua jenis kulit dan peringkat usia.
kepada yang berjerawat dan ada bintik hitam di wajah..bole cube sabun carrot.

Pomegrante aka buah delima. Pernah dengar kan?
Kaya dengan vitamin C. semua orang tahukan..vitamin C sesuai untuk kesihatan kulit.
kalau nak maintain keanjalan kulit...jum tenyeh sabun delima seluruh wajah dan badan jum.


Sekarang ni kak nun ada 5 jeniss sabun extract daripada buah buahan dan susu 100% asli.
kalau nak order borong pun bole aje.


yang penting product ni Halal

kebaikkannya...

- produk kecantikan dari alam semulajadi
- produk dari thailand 
- mengebukan dan mencerahkan kulit tanpa pengelupasan
- menghilangkan bintik-bintik hitam
- menghaluskan kulit
- melembapkan kulit
- menanggalkan kotoran minyak, sel kulit mati, parut jerawat dan jeragat.
- menanggalkan bekas make-up pada kulit muka.
- menghilangkan kesan hitam pada bawah ketiak, celah-celah paha dan siku.
- sesuai digunakan untuk orang yang mengalami masalah kulit dan resdung.
- mampu memberi kesan kesegaran sepanjang hari serta badan tidak melekit walaupun berpeluh.
- boleh mengatasi bau badan.
Net weight :60g - Size : 55mmx55mm, tebal25mm


Natural handmade rice milk soap from the local of Thailand, containing ( 100%) rice milk soap, beeswax and moisturising oil.Rice milk oil is a natural anti-oxidant and also offers a small degree of sunscreen protection and solve the pimple problem, acne blemish, dark spot and the dead skin cell problem. The rice milk soap makes you feel smooth and relax. Moreover, rice milk soap can be used in all kinds of skin and It’s suitable for everyone.
This product you looking for is a skin care line. This product is 100% natural rice milk that extract from young grown jasmine rice that yeild good quality milk enriched with vitamin and nutrition which help to reduce blemish and dark spot on face, reduce freckle and wrinkle-free, make your skin feeling soft and bright and enjoy the young rice fragance smelling.

Ingredients: Coconut oil, Palm oil, Olive oil, Sodium Hydroxide solution, Milk, Young rice milk, Seed, Rice Milk, Vitamin E, B,C, AHA, Jojobar Oil, Honey, Collagen, Natural Glycerin etc.

Directions : To apply on your face and body daily, massage gently 2-3 minutes, then clean off. it can be used both face and body.

Berminat?
Email : Lilyjaafar@yahoo.com yek.

xoxo
Kak nun nak usha utube cara cara buat sabun pulak




1 comment: