Friday, February 22, 2013

Derma ke DESAK


Lunch hour...

Kak nun pegi lunch dengan kawan kawan di restaurant Thai dalam kawasan Diplomatik yang menjadi kegemaran sahabat. Sambil menikmati masakan yang enak, dengan perut yang betul betul mendidih kelaparan kak nun suapkan tomyam ke dalam mulut.

Tibe tibe...



seorang adik manis.berbaju kurung biru fabrik jenis cotton satin yang cantek macam makcik nak pergi kenduri kawen, bersuara unik,  memeluk beberapa buah buku apa ntah aku tak pasti datang menghampiri meja dan mintak sumbangan untuk pembinaan masjid katanyaaaaaaaaaaaaa.

Kak nun tak pandang muka dia. Kak nun hanya dengar suara dia.
Kawan kak nun cakap bagi pihak semua,  "mintak maaf ye dik, kami sedang makan". Harapan agar adik manis berlalu pergi daripada meja kami dan tidak menganggu lagi tidak berhasil.

Adik manis "alaaaaaaa akak tolong la bagi sumbangan, bla bla blaa bla bla bla "suara uniknya masih lagi MENDESAK kami yaang hanya nak mengisi perut.Tambahan pula waktu tu masing2 hanya bawa kewangan cukup cukup untuk makan tengahari seada nya. Kalau menyumbang, tak makan. Kalau makan, tak menyumbang. Begitula lebih kurang keadaan waktu itu.

Akhirnya, adik manis berkurung cantek, akur. Ke meja sebelah geng2 kastam agaknya dia terkam. Geng2 sebelah meja pun tak menghulurkan bantuan atau sumbangan apa apa. Melihat senario itu, kak nun agak mungkin kebaanyakaan orang di situ arif dengan senario yang kerap berlaku.

Kak nun yang jarang jarang lunch di situ sebenarnya tapi kini mula rasa lali dengar permintaan sumbangan masjid di mintak di restaurant2 waktu tengahari, waktu tengah perut lapar berbunyik2. Masjid di Alor Star kedah selalunya yang kak nun dengar.

Benar ke bohong sumbangan di salurkan ke pembinaan masjid? atau ada komplot mempergunaakan anak anak manis ini mendapatkan wang mudah hasil baik hati rakyat malaysia yang terkenal dengan sikap pemurahnya.

Soalan yang sama selalu bermain di fikiran mereka yang menghadapi senario sama kak nun hadapi. Betul tidak?

Kadang kala kalau dah hulur, fikiran tertanya2 pulak. Ntah pahala entahkan dosa yang menjadi milik kite?



Dan...

Pernah 1 ketika, di datangi kami seorang adik cantek bukan main,dengan tudungnya yang nampak mewah bling sana bling sini,  masih juge di restaurant yang sama , jual buku. RM10 katanya hari untuk harga hari ini. Kawan kak nun beli, sebab kebetulan agaknya buku tu berguna untuk keperluannya sekeluarga.

Dan

1 lagi kejadian di restaurant yang sama, adik mintak sumbangan masjid di Alor Star kedah juge seingat kak nun.Kawan kak nun waktu hulurkan juge bang 1 dua.... Selesai kami mengisi perut selepas waktu lunch, kami ke Tutti Fruiti seperti biasa membasahkan tekak dengan yogurt pujaan ramai masa kini. Waktu tu, baru dapat gaji. Nak di jadikan cerita, adik mintak sumbangan maasjid yang kami temui tadi bukan main molek makan tutti fruiti di meja hadapan kedai.

Sabahat2 kak nun tersentak, kak nun turut sama tersentak. Sejak hari itu, kami tidak biarkan lagi diri kami tersentak!
Sekian.

xoxo
kak nun percaya, kalau kite nak menderma seikhlas hati, kite mesti tahu cara dan tempat yang betul untuk menghulurkannya.
Mudah mudahan Allah permudahkan dan memberkati kehidupan mereka. Amin.



No comments:

Post a Comment