Sunday, February 17, 2013

Made in Thailand | sabun

Meh nak cerita sikit tentang minat kak nun terhadap sabun.

Kak nun ni sebeno benonya suke melancong. Kalau dah melancong, sure semalam dua kite bermalam di hotel kan. Di hotel selalunya di sediakan sabun kan? Aha! dari situ la kak nun mula berkecimpung dengan sabun. oh! ada lagi satu...masa study kat US dulu..asyik la dapat sabun free setiap kali ke mall...wangi2 plak tu. Dapat Free setiap kali ada product skincare di perkenalkan di pasaran. Mak suke!!!

Hotel yang menemukan kak nun dengan sabun hasil dari extract buah buahan yang memikat hati kak nun tahun lalu ialah sabun manggis. Syiok habis mandi manda berbuih dengan sabun manggis. Kak nun suke ar. Wangi, bersih dan halus kulit jadinya kak nun rasakan. Kak nun beli di kedai 24 jam di Biyoke Hotel, Bangkok. Kak nun borong 3 ketol je waktu tu. Harga pun tak la mahal, packaging  pulak comel dan cantek. Kak nun pun apa lagi...Walau bagaimana pun, kulit ahkak maintain je sawa matang, bukan jadi puteh lepak cam tepung gomak yee adik adik. Cume rasa sangat lembut bersih dan gebu lagi mulus la kan.

eh! encik suami kak nun ada pesan...

bukan semua barangan daripada Thailand bagus dan 100% asli yea. Ada jugak yang kite kena selidik lebih lanjut , pandang kiri kanan dan tanye sana sini dulu sebelum mengunakannya. Kebetulan pulak pak mertua kak nun asalnya dari tanah Thai. Maka siapa lagi kite nak dengar kisah dan sejarahnya, kalau bukan daripada mereka yang punya salur  galur darahnya ..ye tidak? Tambah pulak mereka ni pakar dalam penggunaan bahan bahan kimia . Tengok la buah buahan dan hasil pertanian dia orang kan...gemuk2 tak hirau musim dah yols. Kena hati2 la jugak tang tu kan.

Mak mertua kak nun pulak pengguna tegar bedak sejuk daripada beras susu yang di extract sendiri. Wajah ibunda walaupun dah tak nampak remaja, tapi puteh bersih dengan amalannya menggunakan bahan semula jadi alam.Kak nun tak la pplak minat nak tepek bedak sejuk tiap tiap malam gitu kan. Seram tengok wajah sendiri di cermin, apakan lagi encik chenta la kan.Ngee...

So, semasa cuti raya cine haritu. Kak nun dan mak mertua ke Padang Besar jalan jalan cuci mata petang hari. Sampai aje di tempat parking kereta sambil tunggu encik chenta parking kereta dengan moleknya. Kak nun terus terpa 1 kedai ni, kak nun nampak berderet sabun beras susu dan macam macam warna serta jenis sabun di jual. Wah! hati berbunga gembire.

"Daripada beli 4 ketul, baik kak nun borong habis" berdetik kata hati.

sabun beras susu COLLAGEN
seketul : RM5
3 ketul RM10
sedozen : RM 20
dah alang2 baik amik sedozen bole campur2 dengan yang lain di bawah kan ;)


kalau ikut cerita ceriti sesetengah pengguna...susu beras bercollagen ni agak mengeringkan berbanding susu beras tanpa collagen.
kedua duanya memberikan kebaikan yang sama.


untuk usia lebih 40 tahun dan ke atas , recommended amik yang sabun beras susu bercollagen
untuk wajah dan badan juga.

sabun beras susu 100% asli di gilai ramai.
murah dan selamat lagi HALAL.

ini rupe sabun beras susu...kalau kak nun guna, kak nun rasa macam ada bau daun pandan  la lebih kurang.


ini pulak sabun susu kambing. Kepada peminat product kambing, sabun susu kambing ni memang hebat.
Wangi bau baby powder.

Sedar tak sedar, kak nun balik kampung kali ni borong sabun beras susu.
Selalunya kak nun hangkut beras pulut SUSU.

di sebabkan kak nun memang peminat product extract buah buahan dan alam semulajadi
maka sabun carrot pun kak nun borong. Sape mahu?
contact aje jangan malu2.
Lilyjaafar@yahoo.com

Halal dan in sha Allah serasi untuk semua jenis kulit dan peringkat usia.
kepada yang berjerawat dan ada bintik hitam di wajah..bole cube sabun carrot.

Pomegrante aka buah delima. Pernah dengar kan?
Kaya dengan vitamin C. semua orang tahukan..vitamin C sesuai untuk kesihatan kulit.
kalau nak maintain keanjalan kulit...jum tenyeh sabun delima seluruh wajah dan badan jum.


Sekarang ni kak nun ada 5 jeniss sabun extract daripada buah buahan dan susu 100% asli.
kalau nak order borong pun bole aje.


yang penting product ni Halal

kebaikkannya...

- produk kecantikan dari alam semulajadi
- produk dari thailand 
- mengebukan dan mencerahkan kulit tanpa pengelupasan
- menghilangkan bintik-bintik hitam
- menghaluskan kulit
- melembapkan kulit
- menanggalkan kotoran minyak, sel kulit mati, parut jerawat dan jeragat.
- menanggalkan bekas make-up pada kulit muka.
- menghilangkan kesan hitam pada bawah ketiak, celah-celah paha dan siku.
- sesuai digunakan untuk orang yang mengalami masalah kulit dan resdung.
- mampu memberi kesan kesegaran sepanjang hari serta badan tidak melekit walaupun berpeluh.
- boleh mengatasi bau badan.
Net weight :60g - Size : 55mmx55mm, tebal25mm


Natural handmade rice milk soap from the local of Thailand, containing ( 100%) rice milk soap, beeswax and moisturising oil.Rice milk oil is a natural anti-oxidant and also offers a small degree of sunscreen protection and solve the pimple problem, acne blemish, dark spot and the dead skin cell problem. The rice milk soap makes you feel smooth and relax. Moreover, rice milk soap can be used in all kinds of skin and It’s suitable for everyone.
This product you looking for is a skin care line. This product is 100% natural rice milk that extract from young grown jasmine rice that yeild good quality milk enriched with vitamin and nutrition which help to reduce blemish and dark spot on face, reduce freckle and wrinkle-free, make your skin feeling soft and bright and enjoy the young rice fragance smelling.

Ingredients: Coconut oil, Palm oil, Olive oil, Sodium Hydroxide solution, Milk, Young rice milk, Seed, Rice Milk, Vitamin E, B,C, AHA, Jojobar Oil, Honey, Collagen, Natural Glycerin etc.

Directions : To apply on your face and body daily, massage gently 2-3 minutes, then clean off. it can be used both face and body.

Berminat?
Email : Lilyjaafar@yahoo.com yek.

xoxo
Kak nun nak usha utube cara cara buat sabun pulak




Saturday, February 16, 2013

Perlis February || Setitik peluh petani

4 pagi dari kuala lumpur,
terperanjat beruk nampak R&R besar bapak gajah di Simpang Pulai.
Korang pernah singgah?

Jum zass dengan kak nun...

ini baru betull rest dan relax kan...

tempat nak bershopping luas, nak makan lapang, 




anak anak nak berjoli jimba pun ada


nak solat surau pulak tengok tu...hamikkk
suke suke




sape tak nampak surau ?

jemput SINGGAH..ewah


kedai makan pulak...


cantekkan?

tempat basuh tangan ada seketul je..kena musim raya aidil fitri..???



kak nun memang cinta dengan soupy2 noodle..

pilihan hati...




masih segar bugar...sarapan la kekunun ni

sikit je mee dia kasi


singgah fave stop - Bukit Gantang - buah TAMPOI boy


tak pernah rasa, tak pernah cube - TAMPOI


orang kata rasa dia masam kelat2. Ye ke?


Happy chinese new year and happy holidays yols


kempen giler giler - hidup PAS :))


Desa tercinta nun jauh kat utara 


dah sampai hadapan rumah di desa.
lihat la sekitar alam...yg luas lagi terbentang...
bukit bukau yang memukau mata.
pokok kelapa melambai2...
angin sepoi2 kencang di bulan February

Perlis February - jum visit pakngah jum



pakngah baik demam plak lepas kami datang melawat..sunyi agaknya diri tua dia tu


sign board unik kat Padang Besar...tempat korang ada?
yang kak nun pahamla..tujuannya untuk mengekalkan kebersihan tandas depa la kan..

yang kak nun tak paham..kaki aku basah la kerana selipar depa sediakan memang dah basah.
kasut kak nun jadi basah jugak akibat pakai selipar tandas basah di sediakan
tak paham tak paham


kerepek pisang dan cmpur2 hanya 9 hengget 3 peket
kalau hang pandai tawar menawar hang bole dapat 7 peket RM20 hengget.

oh hang tak makan kepek...

most of the time, kak nun borong kacang gajus je di sini
kalau korang biasa shopping level2 Cold  storage ke..kat Padang Besar ni tak ada la canggih cam gitu yea.

tapi kan kalau korang suke dengan sabun mabun untuk kecantekan kulit macam kak nun (bukan nak kata kulit kak nun cantek, nak kata kak nun giler sabun..hahaha)
jum try sabun beras susu from Thailand ni....muka ko halus, gebu mulus..dan murah.
Tak caya?
meh cube..bukan mahal pon kan 
tak berani?
cube usha dalam google tu kisah rakyat jelata yang dah mengamalkannya..serius halus dan gebu bebas bintik2 hitam...wa tell ya :)


Seketul RM5
Sedozen RM20 (12 ketul )
Order :: Lilyjaafar@yahoo.com tau



jum usha ITM Arau jum...ehem...kak nun bukan berasal dpd ITM arau yea.



cantek juga pemandangan di pintu masuk ITM Arau nie.


process mengambil padi masak

abg bawak transformer ni datang dekat kami pulak...




eh eh..tayang pungkukk la pulak

amboih makin rapat nampakkk


ohhhh ada awek kampung jemur padi di tepi bendang rupenya... ;)

****

Seawal jam 4 pagi...hari Sabtu.

Aku di kejutkan dik alarm dari BB aku yang lapuk.
Terus ke bilik air aku basahkan dan bersihkan diri. 
Ke dapur aku bakarkan daging burger bersama kepingan roti buat sarapan pagi di jalanan nanti.

Tepat jam 5 pagi.
Encik suami dah panaskan enjin kereta bertolak kembali ke dunia penuh aksi gila  dikenali Kuala Lumpur.
Cuti raya cine tahun ni aku cuti seminggu. 
Aku bahagia sekali walaupon rancangan untuk jalan jalan di kota padang lama dan kota padang baru Penang  di tunda sang suami akibat konsert PSY yang desas desusnya memenuhi setiap ruang jalanan di Pulau seciput itu.

Sepanjang perjalanan...
dalam fokus encik suami memandu,
aku nikmati keindahan di daerah Permataang yang penuh dengan bukit bukau di hadapan matakku.
Pokok2 yang kehijauan seolah menyerupai sayur brokoli yang aku nikmati waktu makan malam bersama si suami .
Rasa insaf menyelinap dalam hati setiap kali, BMW  mewah hitam itu memotong sayur kereta buruk milik suami ku. Renault megane tak henti2 berusaha memotong sayur kereta2 di hadapannya termasuk kereta buruk milik suamiku juge.
Dan yang aku peliknya...
bile masa pulak kereta usang milik suami aku ni memotong mereka yang hebat2 ni ek?

""Dan janganla engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana
sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi dan
engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung ganang"

Al israa'37



sesekali ingatan ini terimbas...
 tentang kejadian jatuhnya tahi bintang malam tadi membuatkan aku berfikir dan terus melayan perasaan sendirian. Nauzubilah tahi bintang mencederakan 400 manusia dan jiwa dalam sekelip mata.
Allahuakbar.

***

12 tengahari - Sampai di kuala lumpur, banyaknya la kereta di jalan raya. Tak seperti di Peranchis desa encik suamiku yang tercinta.Bosan dengan aksi kegilaan  warga kota.
aku usha buku muka yang dah berdebu sejak aku tinggalkan sabtu minggu lalu.
Terpandang aku si penjual telekung yang simple plain tapi berwarna warni.
Hati meronta2 ingin memiliki.
Menepati setepat tepatnya cite rasa aku untuk memiliki telekung tanpa corak berkain kualiti.

https://www.facebook.com/AdorablySzara

Tibe tibe teringat pesan ibu mertua

tak elok kite pakai telekung berwarna warni,
berkerawang sana sini
nanti asyik di pandang jadi perhatian orang aje jadinya.
Cukuplah dengan apa se adanya.

Aku baru beli sepasang telekung puteh bersih dari Vietnamtanpa kerawang di Padang Besar sewaktu di kampung haritu

hatiku tetap  kata mahu mahu mahu mahu order!!!
Oh hati..
beli ke tak?
tak ke beli? :))
tak payah beli la...simpan duit pegi Jakarta lagi bagus.
Muktamad.

***

x0x0
Kak nun.
zzzZZZzzz

Monday, February 4, 2013

5D 4N | China 2013

Alhamdulillah...Allah maha besar maha penyayang.

Tahun baru 2013 bermula dengan baik dan mengembirakan buat kak nun. Hati rasa amat bahagia sekali. Tiada perkataan yang dapat mengambarkan perasaan kak nun.

Menjejakkan kaki di bumi China selama 5 hari 4 malam bersama kawan kawan yang berbeza latar belakang kecemerlangan membuatkan setiap saat kak nun lalui sangat menarik.

Kak nun baru balik daripada short trip China - Huangzhou-Wuxi-Suzhou dan Shanghai 28 Jan 2013 minggu  lalu. Jauh berjalan banyak pengalaman yang dapat kite pelajari....kata orang. Kak nun setuju dengan pepatah itu. 

Berjalan jalan di Lihu Park bersama teman tersayang selepas beberapa tahun tak jumpa lagi la menambahkan keseronokkan yang sedia ada. Lawak jenaka gelak ketawa kan makeup terbaik wanita...;)

Mendengar penjelasan cerita ceriti tentang negara China hasil penjajahan dan pembangunan masa kini, di selitkan persembahan acrobatic di arts and culture centrenya yang menjadi kebanggan rakyat dan negaranya buat kak nun kagum sana sini tentang China.

Namun jauh di lubuk hati. 
Malaysia tetap tanahair kesayanganku. Kak nun bersyukur.



Lihu Park - little small tiny snow covered - sejukkkk


Rock at Pagoda - with my lovely frens zai & mimi - u guys rock!


18 strangers - now become Teman Tapi Mesra group.


Venice of the East - Suzhou- City of Love - Boat rowing sambil dengar lagu dendangan apek - tak paham sebijik butir pun  permandangan memang cantek....suasana jadi indah.


Old and new friends - Amazing + Fantastic friends!!!


Bagusnya tentang China dan warganya...
  1. Mereka rajin berusaha untuk perbaiki taraf hidup.
  2. system jalan raya mereka agak celaru. boleh di katakan macam tak ada sistem pun. Tapi tak ada la berlaku kemalangan2 kecil. Kalau ada pun maybe mati katak terus.
  3. memandu dan honk sana sini adalah perkara biasa. Maybe sebab mereka tak paham undang2 mereka sendiri atau, negara mereka terlalu besar sehingga tak ada siapa peduli jika tak ikut undang2 jalanraya dengan betol.
  4. Bole u turn di mana jua anda suke hati mak ayah. Bagus kah?
  5. Mereka sangat gigih membangunkan negara yang besar itu.
  6. Mereka juga memiliki bangunan cekerawala yang tinggi giler dan menarik serta mengagumkan.
  7. Mereka memiliki keretaapi laju.
  8. Mereka memiliki jalan raya dan highway yang berselirat
  9. Public toilet di tourist centre elok aje. Tidak seperti di gambarkan...Tak ada kepung, ko kencing dalam longkang tepi jalan je. Mungkin ni kawasan pendalaman dan lama seperti di Beijing dan seangakatan daerah dengannya.


Yang tak bagusnya...
  • mereka sanggup berlakon dan menipu. Janji barang atau product mereka terjual.
  • harga di pamerkan jauh giler lebih tinggi berbanding harga yang mampu mereka turunkan untuk jualan.
  • sistem jalan raya mereka semua dalam tulisan cine. Berselirat dan kadang2 macam tak ada undang2 pun. Cara pemanduan seolah2 mereka memang tidak hirau atau hormatkan pejalan kaki. 
  • Motor sikal tiada lampu di malam hari ok.
  • di sesetengah kawasan mereka tidak pandai langsung berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sukar giler bagi kak nun nak tanye itu dan ini. phewww
  • mereka mengekalkan budaya dan peningalan lama, sejarah dengan baik sekali.
  • mereka juga membangunkan kemodenan dalam masa yang sama
  • Public toilet sangat busuk bagi tempat tempat makan termasuk Pizza Hut. Pengsan!
  • Makanan herba rempah ratus walaupon muslim food tapi perisa yang berbeza dengan tekak kak nun.
  • Ada unsur2 paksaan dalam sesetengah activity jual beli.
  • Mereka siap tarik2 tangan customer untuk pastikan barang jualan terjual. Nasib baik tak tercabut tangan kak nun kauuu...careful yeah!
Bagus dan tak bagusnya tentang kawasan berkaitan tempat kak nun visit saje yea. Bukan kak nun kata semua daerah di China sama aje. Macam huru hara je entri kali ni. Jet lag lagi kah? Wahaks.
Penerbangan KL ke china hanya 5 jam aje. Lag celah mana jah? kihkih

Pastikan kepada yang nak melancong ke negara China, buat research betol2 tentang kawasan yang hendak anda lawati bagi mengelakkan anda di tipu kau kau!hiks.

Hebat sekirenya anda memahami bahasa Mandarin atau setidak2nya boleh berbahasa mandarin untuk komunikasi dua hala yang lebih baik.Kalau tak bijak berbahasa mereka, stress mcm kak nun. Nak shopping payohhh.


Amacam? Menariik bukan?
Superb trip?
Kemana trip kite selepas ni geng?

From china with love,
Lily

*Moral : setiap makhluk di ciptakan olehNYA ada kelebihan dan kekurangannya.
Hanya kerana mereka tidak sependapat dengan kite, usah kite menilai siapa diri mereka.
Fikirkan le - siapa diri kite untuk menilai sesama manusia *